Sultan Johor Kurnia Sumbangan Peribadi Kepada Yayasan JDT Bagi Bantu Masyarakat

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM30 juta kepada Yayasan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (YJDT) bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Baginda Tuanku Sultan menyampaikan sumbangan dana berkenaan kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (9 Mac).

YJDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas keprihatinan Baginda dalam mengurniakan dana berkenaan untuk membantu golongan memerlukan, serta pembangunan bola sepak negeri Johor.

Yayasan JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor atas keprihatinan DYMM Tuanku mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM30 juta kepada Yayasan JDT.

Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kurniaan tersebut akan memberi fokus kepada bidang kebajikan untuk disalurkan kepada rakyat Johor dan juga untuk pembangunan bola sepak negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Photo by Yayasan JDT

Daulat Tuanku

 41 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?