fbpx

Sultan Johor Kurnia Sumbangan Makanan Kepada Anggota Polis

SULTAN JOHOR KURNIA SUMBANGAN MAKANAN KEPADA ANGGOTA POLIS

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada anggota-anggota polis yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di dalam bandaraya Johor Bahru.

Baginda Tuanku Sultan berkenan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini (22 Mac), di Istana Pasir Pelangi yang kemudian akan diagihkan kepada anggota-anggota polis.

“Bantuan makanan ini kepada anggota-anggota polis yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di Bandaraya Johor Bahru. Mereka bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Disebabkan mereka terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya, bantuan makanan ini boleh disampaikan kepada keluarga masing-masing,” titah Baginda Tuanku Sultan.

DYMM Sultan Johor bertitah demikian kepada Royal Press Office (RPO) hari ini di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Baginda Tuanku Sultan bersama DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah sebelum ini berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada petugas-petugas perubatan di HSA2 (Hospital Permai).

Daulat Tuanku

SULTAN JOHOR KURNIA SUMBANGAN MAKANAN KEPADA ANGGOTA POLISDYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Sabtu, 21 Mac 2020

Komen Anda?