Sultan Johor Kurnia Sumbangan Bubuk Lambuk Kepada Masyarakat Di Pekan Nanas

RAKYAT DI PEKAN NENAS TERIMA SUMBANGAN BUBUR LAMBUK DARIPADA SULTAN JOHOR

Walaupun cuaca panas, namun ia tidak menjadi halangan buat masyarakat di Pekan Nenas, Pontian yang turut bersyukur di atas kurniaan bubur lambuk daripada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sumbangan daripada Baginda Tuanku Sultan disampaikan oleh petugas-petugas Istana kepada orang ramai secara pandu-lalu di hadapan Masjid Pekan Nenas.

Sebanyak 2,000 paket bubur lambuk disampaikan kepada orang ramai.

Sumbangan bubur lambuk daripada Baginda Tuanku Sultan sebelum ini turut disampaikan kepada rakyat di pelbagai kawasan di daerah Johor Bahru.

Daulat Tuanku

RAKYAT DI PEKAN NENAS TERIMA SUMBANGAN BUBUR LAMBUK DARIPADA SULTAN JOHOR Walaupun cuaca panas, namun ia tidak menjadi…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Selasa, 12 Mei 2020