fbpx

Sultan Johor Kurnia Sumbangan Barangan Keperluan Makanan Kepada Pemandu Teksi

SULTAN JOHOR KURNIA SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN MAKANAN KEPADA PEMANDU TEKSI DAERAH JOHOR BAHRU

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada pemandu-pemandu teksi melibatkan pelbagai kaum di daerah Johor Bahru.

Sumbangan disampaikan wakil DYMM Sultan Johor, Dato’ R. Sugumaran dengan dibantu beberapa kakitangan Istana Pasir Pelangi hari ini (3 Mei), di Jalan Stulang Laut.

Lebih 200 pemandu teksi yang menerima sumbangan berkenaan pada pagi tadi, merakamkan ucapan penghargaan kepada DYMM Sultan Johor yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat.

“Terima Kasih Tuanku di atas kurniaan sumbangan kepada pemandu teksi. Bantuan ini cukup bermakna lebih-lebih lagi pada waktu begini kerana kami turut terkesan akibat penularan wabak COVID-19,” kata Jamil Omar. 67, yang membawa teksi sejak tahun 1970.

Bagi P. Subramaniam, 39, dari Taman Desa Jaya, berkata situasi COVID-19 membawa pelbagai cabaran hingga menjejaskan pendapatan pemandu teksi.

“Bantuan disampaikan DYMM Sultan Johor pastinya dapat mengurangkan beban kami khususnya yang bergantung kepada pendapatan harian,” katanya.

Perasaan syukur turut dikongsi bersama dua pemandu teksi wanita, Kee Peck Ngoh, 54, dan N. Marie, 43.

Daulat Tuanku

SULTAN JOHOR KURNIA SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN MAKANAN KEPADA PEMANDU TEKSI DAERAH JOHOR BAHRUDYMM Sultan Johor…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Sabtu, 2 Mei 2020

SULTAN JOHOR KURNIA SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN MAKANAN KEPADA PEMANDU TEKSI DAERAH JOHOR BAHRU

SULTAN JOHOR KURNIA SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN MAKANAN KEPADA PEMANDU TEKSI DAERAH JOHOR BAHRU#sultanjohor#johor#royalpressoffice

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Ahad, 3 Mei 2020

Komen Anda?