Sultan Johor Kurnia Pelitup, Pelindung Muka Sempena PRN Johor

SULTAN JOHOR KURNIA 3.4 JUTA PELITUP MUKA KEPADA KERAJAAN JOHOR

DYMM Sultan Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 3.4 juta pelitup muka berkualiti tinggi kepada Kerajaan Negeri Johor bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Mac ini.

Sultan Johor kurnia pelitup, pelindung muka bernilai RM23.2 juta sempena PRN Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) berkenan menyumbangkan 3.4 juta pelitup muka berkualiti tinggi kepada kerajaan Johor bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Mac ini. 

Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh, berkata pelitup muka dan 150,000 pelindung muka sumbangan YSIJ bernilai lebih RM23.2 juta.

Katanya, ia akan diedarkan kepada setiap daerah di dalam negeri Johor sebelum disampaikan kepada petugas yang terbabit dalam PRN dan juga rakyat. 

“Sultan Ibrahim amat menitikberatkan kesejahteraan serta kesihatan para petugas dan juga rakyat Johor yang akan keluar mengundi.

“Ini bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 selain sebagai langkah pencegahan demi memastikan kesejahteraan serta kesihatan petugas dan rakyat Johor sebagaimana yang sentiasa dititikberatkan Baginda Tuanku Sultan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial Sultan Ibrahim, hari ini.

Sumbangan disampaikan Avinderjit Singh kepada wakil Kerajaan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Datuk Mohd Noh Ibrahim dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili di Dewanraya Taman Desa Skudai, di sini.

Sementara itu, Mohd Noh berkata, sumbangan berkenaan daripada YSIJ amat dihargai dan memberi keutamaan kepada kesihatan rakyat Johor.

“Bantuan ini akan kita serahkan kepada semua Pejabat Daerah sebelum disampaikan kepada setiap petugas PRN dan pelitup muka akan ditempatkan di setiap dewan mengundi untuk diagihkan kepada rakyat,” katanya. Sumber : Berita Harian

“Daulat Tuanku“

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?