Sultan Johor Kurnia Kenderaan X70 Kepada Doktor Sebagai Hargai Perkhidmatan

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kenderaan PROTON X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas pekhidmatan mereka di dalam pasukan perubatan Baginda.

Kenderaan disampaikan oleh wakil Baginda Tuanku Sultan, Dato’ Perdana Dalam, Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa.

Mereka yang menerima ialah Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Am, Dr. Azizan Sharif, Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik, Dr. Hishamudin Salam yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Dr. Jaidon Romli daripada Pejabat Kesihatan Johor Bahru yang sedang berkhidmat di Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru.

Dr. Jaidon yang bertugas di dalam pasukan perubatan DYMM Sultan Johor sejak tahun 2010 menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kurniaan kereta tersebut.

“Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan kereta ini. Patik mendoakan semoga Baginda Tuanku Sultan serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Daulat Tuanku
Komen Anda?