Sultan Johor Kurnia Kenderaan Kepada Doktor Dan Matron HSA

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandarhari ini telah berkenan untuk mengurniakan keretakepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA)dan kakitangan Wad DiRaja.

Foto Kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SULTAN IBRAHIM KURNIAKAN KERETA KEPADA DOKTOR DAN MATRON HSA

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah dan kakitangan Wad DiRaja, hari ini (25 November).

Pengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Pengarah Hospital, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd Firdaus Shamsuddin masing-masing telah menerima sebuah Proton X70.

Manakala Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman masing-masing telah menerima sebuah Perodua Myvi.

Kenderaan diserahkan oleh Dato’ Perdana Dalam, Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa selaku wakil kepada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim.

“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KeBawah Duli Tuanku atas kurniaan Baginda ini kepada patik dan kakitangan sekalian.

“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat DiRaja sentiasa sihat sejahtera. InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” kata Dr. Mohtar kepada Royal Press Office (RPO) selepas menerima kenderaannya.

Daulat Tuanku

Foto Kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Komen Anda?