Sultan Johor Kurnia Bot Laju IMG Kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 2

OP. LAKAR DIRAJA- PENYERAHAN BOT LAJU INTEGRATED MARINE GROUP (IMG) KEPADA PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 2 MERSING

MERSING, 27 Nov – DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah bot laju IMG kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Mersing, Johor. Bot laju dengan kapasiti enjin 900 kuasa kuda yang berkelengkapan penuh ini adalah bagi kegunaan PPM Wilayah 2 Mersing, Johor. Bot dengan anggaran harga RM600 ribu tersebut ditempatkan di Skuadron Perahu Khas (SPK), Kem Iskandar, Jalan Sekakap, Mersing.

YDH ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, berkata, selain itu, DYMM Sultan Johor turut berkenan mencemar duli melekatkan logo PDRM di bot berkenaan sebagai simbolik penyerahan. Memetik dari laman rasmi Facebook baginda, DYMM Sultan Johor bertitah agar kesemua pegawai dan anggota PPM Wilayah 2 Mersing dapat menjaga dan menggunakan bot yang dikurniakan baginda, sebaik mungkin.

Bot ini merupakan anugerah kurnia peribadi daripada DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk kemudahan PPM Wilayah 2 Mersing, Johor. Hadir sama semasa penyerahan bot tersebut Pegawai Pemerintah Markas Tektikal (MT) PPM Wilayah Dua, Mersing dan Pegawai Rendah dari MT PPM W2 Mersing.

“Saya mewakili semua PKP dan PRP PPM W2 mendoakan agar Baginda Tuanku Sultan dipanjangkan umur Dan dimurahkan rezeki di atas kemuliaan Baginda yang sentiasa membantu Pasukan Keselamatan khususnya PDRM”

YDH ACP Muhd Zailani Bin Abdullah, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah (2) Johor mewakili seluruh warga kerja Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor menjunjung setinggi – tinggi kasih dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kurniaan baginda tersebut serta mendoakan agar baginda serta kaum kerabat diraja negeri Johor Darul Takzim sentiasa berada dalam keadaan sihat sajehtera.

SULTAN JOHOR KURNIA BOT LAJU IMG KEPADA PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 2 MERSING

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan bot laju IMG kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Mersing pada hari ini (27 November).

Baginda Tuanku Sultan bertitah, pengurniaan bot laju enjin berkapasiti 900 kuasa kuda yang berkelengkapan penuh itu adalah bagi penugasan PPM dikepulauan serta perairan Mersing.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 2 Mersing, Inspektor Rosli Mohd Saad dan SM Risik/Operasi PPM Wilayah 2 Mersing, Sarjan Mejar Hasnuddin Hassan.

Daulat Tuanku

Komen Anda?