Sultan Johor Biayai Kos Membaikpulih Kediaman Terjejas Teruk

Sultan Johor biaya kos baiki rumah mangsa ribut

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan kos membaikpulih kediaman mangsa ribut di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Jumaat lalu, akan dibiayai oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Sultan Ibrahim dalam hantaran terbaru di akaun Facebook baginda

menitahkan supaya kerja pembaikan segera dimulakan membabitkan 13 kediaman ketika ini yang terjejas teruk dalam kejadian berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah, wakil Baginda, Mejar Cina Datuk David Wong akan turut mendapatkan maklumat terperinci daripada Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil, berhubung jumlah keseluruhan kediaman yang terjejas teruk.

“Saya sudah menitahkan 13 rumah yang terjejas teruk ketika ini segera dimulakan kerja-kerja pembaikan supaya kelak penduduk dapat pulang ke kediaman masing-masing,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan mengemudi sendiri bot laju dari Mersing ke Jeti Awam Sedili Besar, sebelum berangkat melawat kawasan perkampungan serta kediaman penduduk yang terjejas akibat bencana alam yang melanda Jumaat lalu, dan turut menyampaikan sumbangan peribadi. 

Hadir sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil dan Mejar Cina Datuk David Wong.

Sementara itu, David berkata, kerja-kerja pembaikan akan dimulakan segera membabitkan kediaman yang terjejas teruk ketika ini.

“Dari semasa ke semasa, saya akan mendapatkan maklumat daripada Pegawai Daerah (Kota Tinggi) berhubung kediaman-kediaman lain yang turut terjejas, termasuk kerosakan kecil,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Daulat Tuanku

Komen Anda?