Sultan Johor, Berkenan Menamakan Puteri Kedua Tunku Mahkota Johor

Dalam satu perkongsian rasmi di laman Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini, baginda telah perkenan menamakan cucu perempuannya sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Pengumuman rasmi itu telah dibuat oleh Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan dimuat naik ke laman sosial rasmi Sultan Ibrahim serta beberapa lagi laman sosial rasmi kerajaan negeri Johor.

Perkara tersebut turut dinyatakan sendiri oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam di media sosial masing-masing.

Pasangan diraja itu meluahkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya mata keempat dan sempat berkongsi gambar keluarga bersama puteri yang baru diputerakan semalam.

Tunku Zahrah puteri kedua TMJ

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu pengumuman yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Johor berkata, Sultan Ibrahim menamakan cucu perempuan baginda 

yang juga puteri dan waris Tunku Mahkota Johor keempat yang diputerakan pada 21 April atau 9 Ramadan lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tunku Ismail dan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014 dan dikurniakan tiga anakanda iaitu seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua orang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim. 

Tunku Khalsom Aminah Sofiah, diputerakan pada 25 Jun 2016, diikuti Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, yang juga pewaris takhta Johor 14 Oktober 2017 dan Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail 17 Julai 2019.

Sumber : Berita Harian

Alhamdulillah.. Tahniah kepada TMJ dan Che Puan Besar.. Tahniah juga buat Kerabat Diraja Johor.. Daulat Tuanku..

Daulat Tuanku

 40 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?