Sultan Johor Bayar Zakat Rm5 Juta Dab Wakaf Tanah Untuk Bina Surau Dan Kebajikan Agama Islam

Daulat Tuanku

SULTAN JOHOR BAYAR ZAKAT RM5 JUTA DAN WAKAF TANAH UNTUK BINA SURAU DAN KEBAJIKAN AGAMA ISLAM

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (20 Mei).

Tuanku Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Dato Nooh Gadot yang turut disaksikan Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad.

Pada majlis yang sama, DYMM Sultan Johor turut berkenan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing.

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta, wakaf tanah

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019 dalam satu majlis ringkas di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadot disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Upacara itu dimuat naik di laman rasmi Facebook (FB) Sultan Johor dan Sultan Ibrahim berkenan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi di Jemaluang, Mersing, bagi tujuan wakaf surau dan kebajikan agama Islam.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim berkongsi kegemarannya menggunakan cara tradisional mengutus kad ucapan Hari Raya kerana dilihat mampu mengeratkan silaturahim.

Setiap tahun, Sultan Johor berkenan menandatangani sendiri setiap kad ucapan Hari Raya dan disampaikan kepada orang kenamaan, pegawai kerajaan, kakitangan Istana Johor serta orang awam.

Pada hari ini, Sultan Johor berkenan menandatangani sebanyak 100 kad ucapan Hari Raya daripada baginda dan keluarga diraja Johor di Istana Pasir Pelangi.

Sumber : Harian Metro

 36 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?