fbpx

Sultan Ibrahim Rasmikan Permaisuri Zarith Sofiah Opera House

Permaisuri Zarith Sofiah Opera House tarikan baharu di JB

JOHOR BAHRU – Diinspirasikan daripada bentuk berlian mahkota permaisuri, ‘Permaisuri Zarith Sofiah Opera House’ yang dibuka secara rasminya kepada umum malam ini, bakal menjadi tarikan terbaru bandar raya ini terutama bagi pelancong yang berminat dengan seni dan budaya.Photo By : Johor Royal Press Office

Photo By : Johor Royal Press Office

Panggung seluas 114,430 kaki persegi dan siap dibina pada tahun lepas itu boleh memuatkan lebih 500 penonton yang mahukan kelainan dan merasai sendiri pementasan seni dan budaya berciri premium seperti muzikal, orkestra mahupun balet.

Berkenan merasmikan panggung berkenaan pada malam ini ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Photo By : Johor Royal Press Office

Turut berangkat pada majlis perasmian itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan barisan Exco kerajaan negeri.

Dengan perkenan daripada Sultan Ibrahim, panggung opera berkenaan diberi nama sempena Permaisuri Raja Zarith Sofiah.

Panggung opera itu terletak di sebelah R&F Mall. – Bernama

Photo By : Johor Royal Press Office

Komen Anda?
Related Post
Permaisuri Johor Terus Bantu Rakyat Malaysia Dalam Pendidikan

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, Baginda akan terus Read more

Konsert Amal Ketulusan Hati Bagi Meraih Dana Bantuan Pendidikan

KONSERT AMAL KETULUSAN HATI BAGI MERAIH DANA BANTUAN PENDIDIKAN Konsert Amal Ketulusan Hati anjuran Yayasan Read more

Lebih 3,000 Hadir Program Ceramah Perdana Bersama Permaisuri Johor

LEBIH 3,000 HADIR CERAMAH PERDANA BERSAMA PERMAISURI JOHOR Program Ceramah Perdana Bersama DYMM Permaisuri Johor, Read more

Konsert Amal Ketulusan Hati Bagi Meraih Dana Bantuan Pendidikan

KONSERT AMAL KETULUSAN HATI BAGI MERAIH DANA BANTUAN PENDIDIKAN Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Read more