Sultan Ibrahim Lawat Muzium Mersing

TUANKU SULTAN JOHOR BERKENAN BERKUNJUNG KE MUZIUM MERSING

Menjunjung Kasih Di Atas Keberangkatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim ke Muzium Mersing pagi tadi.

Photo by My Mersing
Photo by My Mersing
Photo by My Mersing

SULTAN IBRAHIM LAWAT MUZIUM MERSING

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa melawat Muzium Mersing yang mempamerkan pelbagai koleksi artifak.

Pembukaan muzium berkenaan disempurnakan oleh Baginda Tuanku Sultan pada 15 Mei 2016 sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016.

Turut dipamerkan ruangan Segmen Diorama Kapal Karam, sejarah asal-usul dan pembukaan Mersing dan juga sebuah potret DYMM Sultan Johor dihasilkan dengan cat minyak.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar - Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Video – Yayasan Warisan Johor

MUZIUM MERSING KEMBALI BEROPERASI SETELAH TAMAT TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Muzium Mersing telah dibuka kembali bagi lawatan orang awam bermula 6 Disember 2020

Waktu operasi :
Ahad – Sabtu : 9.30 pagi – 4.30 petang
Khamis : 9.30 pagi – 3.00 petang
Jumaat : Tutup

Pelawat yang mengunjungi perlu patuhi Prosedur telah ditetapkan sebelum memasuki Muzium Mersing :

  1. Memakai pelitup muka (face mask)
  2. Imbasan suhu badan tidak melebihi 37.5c
  3. Scan Qr code mengunakan Aplikasi My Sejahtera
  4. Sanitasi tangan
  5. Penjarakan sosial sekurangnya satu meter antara pelawat lain
  6. Pelawat dilarang menyentuh peti pameran dan minimikan sentuhan objek sepanjang berada di Muzium.
  7. 10 orang pelawat bagi setiap satu masa
Photo by Muzium Mersing

 46 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?