Sultan Ibrahim Kurnia Basikal Kepada Kakitangan Istana

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebanyak 140 basikal kepada kakitangan Istana Flintstones, Mersing.

Baginda bertitah, kurniaan itu bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka dari rumah mereka ke Istana Flintstones tetapi pada masa sama memotivasikan mereka untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

“Penggunaan basikal ini bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka, malah lebih penting mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Istana Flintstones yang terletak di Mersing mengambil nama animasi kartun terkenal, The Flintstones.

Kartun The Flintstones dan watak utama dalam siri animasi itu, Fred menjadi kegemaran Sultan Ibrahim. – UTUSAN ONLINE

Photo by FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“GAYA HIDUP SIHAT” – SULTAN JOHOR KURNIA BASIKAL KEPADA STAF ISTANA FLINTSTONES

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebanyak 140 basikal kepada staf-staf Istana Flintstones, Mersing.

Baginda Tuanku Sultan bertitah, kurniaan itu bukan sahaja memudahkan pergerakan staf-staf dari rumah mereka ke Istana Flintstones, pada masa sama memotivasikan mereka untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

“Penggunaan basikal ini bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka, malah lebih penting lagi mengekalkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja,” titah Baginda Tuanku Sultan kepada Royal Press Office (RPO).

Daulat Tuanku

Komen Anda?