Sukma 2022, Kilauan Emas Buat Nuraqilah Khairul

Kilauan emas buat Nuraqilah Khairul apabila menerajui acara compound 50 meter wanita dengan jumlah mata 692

PANAHAN EMAS AQILAH!

Skuad memanah Johor memulakan cabaran dengan langkah kanan apabila Nuraqilah binti Khairul berjaya menampilkan panahan cemerlang untuk mengumpul 692 mata dalam acara 50m Compound Wanita sekali gus muncul pemenang pingat emas pertama skuad memanah pada edisi kali ini dan menjadi penyumbang pingat ke -16 kontinjen Sukma Johor.

Aqilah turut memecahkan rekod kebangsaan pada set pertama (347 mata) dan 345 mata di set kedua (menyamai rekod kebangsaan).

Sebagai rekod, Aqilah memenangi pingat gangsa menerusi acara yang sama di SUKMA Perak 2018.

Hadir memberi sokongan dan menyampaikan pingat adalah Ketua Kontinjen Sukma Johor, YB Datuk Najib Samuri dan Pengarah MSNJ, En. Nor Syazlan bin Abd Razak.

Sumber : Majlis Sukan Negeri Johor

Ayuh.. Berikan sokongan kepada kontinjen negeri Johor… #LuaskanKuasamuJohor

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?