Sukma 2022, Johor Akan Berdepan Wilayah Persekutuan Dalam Aksi Suku Akhir

SKUAD bola sepak Johor memberi tumpuan penuh untuk mengharungi aksi suku akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 menentang Wilayah Persekutuan esok dalam usaha memburu ‘ibu pingat emas’ kali ini.

Skuad Sukma Johor yang diwakili kelab Johor Darul Ta’zim III (JDT III) mara ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas muncul pendahulu carta Kumpulan B dengan tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Pada saingan lapan terakhir esok, Johor selaku juara Kumpulan B bakal mencabar Wilayah Persekutuan, manakala juara Kumpulan A Selangor akan bertemu Pahang.

Bagi kumpulan C Juara ialah Terengganu yang akan berdepan pasukan dari Naib Juara kumpulan D iaitu Perlis dan Bagi Juara Kumpulan D Pulau Pinang akan menentang naib juara kumpulan C kelantan.

19 September 2022 (Isnin) – Suku Akhir

21 September 2022 (Rabu) – Separuh Akhir

Perlawanan akhir perebutan ‘ibu segala pingat’ dijadualkan untuk berlangsung pada 23 September 2022 bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras.

Ayuh.. Berikan sokongan kepada kontinjen negeri Johor…

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?