Sukma 2022, JDTIII Seri Menentang Pahang Dalam Aksi Peringkat Kumpulan

Acara Sukan Bola Sepak untuk temasya SUKMA Ke-20 2022 atau dikenali juga SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 12 September hingga 23 September 2022 dimana edisi kali ini Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.

Seperti temasya sukan lain juga, acara bola sepak kebiasaanya akan bermula lebih awal daripada tarikh rasmi iaitu pada 12 September lagi. Manakala tarikh rasmi bermula SUKMA 2022 adalah pada 16 September 2022 iaitu pada Hari Malaysia sehingga 24 september 2022.

Kumpulan A: Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan
Kumpulan B: Pahang, Johor, Sarawak, Melaka
Kumpulan C: Terengganu, Sabah, Kelantan
Kumpulan D: Perlis, Kedah, Pulau Pinang

Terdapat 4 venue atau stadium yang akan digunakan bagi acara sukan bola sepak sepanjang 9 hari kejohanan berlangsung iaitu UM Arena, Stadium UiTM, Stadium UKM, Stadium UNITEN dan Final di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

BOLA SEPAK #SUKMAXXMSN2022 12/09/2022

KEPUTUSAN PENUH KUMPULAN B

PAHANG [1-1] JOHOR (JDT III)
(Muhammad Shahril 58’)
(Daryl Sham 51’)

Hadir sama di Stadium UiTM, Shah Alam adalah YB Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor merangkap Pemangku Pengurus Besar Kelab Johor Darul Ta’zim; YB Datuk Mohamad Najib bin Samuri, Ketua Kontnjen Sukma Johor 2022 dan En. Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah MSNJ.

Photo by Majlis Sukan Negeri Johor

14 September 2022 (Rabu) – Peringkat Kumpulan

Stadium UiTM, 8.15PM – Melaka vs Johor

16 September 2022 (Jumaat) – Peringkat Kumpulan

Stadium UNITEN, 4.15PM – Johor vs Sarawak

19 September 2022 (Isnin) – Suku Akhir

21 September 2022 (Rabu) – Separuh Akhir

23 September 2022 (Jumaat) – Penentuan Pingat

Ayuh.. Berikan sokongan kepada kontinjen negeri Johor… #LuaskanKuasamuJohor

Komen Anda?