Sukma 2022, JDT III Mengesahkan Tempat Ke Suku Akhir

Johor dan Pahang menempah tiket ke suku akhir acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20, selepas muncul sebagai dua pasukan teratas Kumpulan B.

Pada saingan lapan terakhir Isnin ini, Johor selaku juara Kumpulan B bakal mencabar Wilayah Persekutuan, manakala juara Kumpulan A Selangor akan bertemu Pahang.

Johor berjaya menduduki tangga teratas selepas menewaskan Sarawak 2-0 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam.

Tonggak pertahanan, Muhammad Naqiu Aiman Abdul Hadi meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-48, sebelum G Daryl Sham mengandakan jaringan pada masa kecederaan (90+4) menerusi sepakan penalti.

Di Stadium UiTM, Shah Alam pula, Pahang mengikat Melaka 2-2 pada aksi sebelah malam untuk menemani Johor ke suku akhir.

Johor menamatkan saingan di kedudukan teratas dengan tujuh mata, diikuti Pahang (5), Sarawak (3) dan Melaka (1).

Sementara itu, Selangor menamatkan saingan di kedudukan teratas Kumpulan A berdasarkan perbezaan gol, selepas mengikat Wilayah Persekutuan 1-1 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Skuad ‘The Wipers’ terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhammad Adam Mukriz Syamsul Ariffin pada minit ke-20, sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Adim Muzahhir Saipu Azuan pada minit ke-36.

– BERNAMA

Walaupun kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata selepas mencatatkan kemenangan ke atas Negeri Sembilan dan juara 2018 Perak, namun Selangor mempunyai kelebihan menerusi perbezaan jaringan.

19 September 2022 (Isnin) – Suku Akhir

21 September 2022 (Rabu) – Separuh Akhir

23 September 2022 (Jumaat) – Penentuan Pingat

Ayuh.. Berikan sokongan kepada kontinjen negeri Johor… #LuaskanKuasamuJohor

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?