Skuad Harimau Malaya B-23 menjalani sesi latihan di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province hari ini.
Meskipun berlatih dalam suasana hujan, pasukan kendalian Brad Maloney tetap turun menjalani sesi latihan dalam persiapan bertemu Singapura untuk aksi ketiga Kumpulan B Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong pada esok, 14 Mei 2022.
Turut hadir dalam sesi latihan itu adalah Pengarah Teknikal FAM, Scott OโDonell.
Pasukan junior negara kini menjadi pendahulu Kumpulan B dengan kelebihan enam mata selepas menewaskan Laos 3-1 di venue yang sama pada 11 Mei 2022.
Skuad Harimau Malaya B-23 menjalani sesi latihan di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province hari ini.
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 13, 2022
โถ๏ธ Baca penuh di https://t.co/xkMrNBRWqj pic.twitter.com/8pkVXBJO8N
Maloney enggan pemain terbuai dengan dua kemenangan
Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney, enggan pemainnya terbuai dengan dua kemenangan pertama dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang perlawanan penting menentang Singapura di Stadium Thien Truong petang esok.
Perlawanan Seterusnya!
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 12, 2022
Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Sabtu, 14 Mei 2022
โฝ SINGAPURA ๐ธ๐ฌ ๐๏ธ ๐ฒ๐พ MALAYSIA
๐ 5.00 petang
๐ Stadium Thien Truong, Vietnam#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/aavq36i0ha
Skuad muda negara bermula cemerlang apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan pertama sebelum membenam Laos 3-1 kelmarin untuk kini menerajui Kumpulan B dengan 6 mata maksimum selepas dua perlawanan.
Bagaimanapun, Maloney enggan anak buahnya hanyut dengan kejayaan itu, sebaliknya menuntut untuk setiap pemain mengekalkan fokus dalam memainkan peranan masing-masing seandainya tidak mahu berputih mata berdepan pasukan Seberang Tambak berkenaan.
“Kami benar-benar perlu fokus bagi perlawanan seterusnya. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.
“Jadi, saya mahu pemain berpijak di bumi nyata.
“Sudah pasti Thailand telah menunjukkan kualiti dan memperoleh keputusan yang baik dalam perlawanan sebelum ini. Kami hanya mahu melaluinya dan berharap dapat meneruskan momentum yang kami ada.
“Sudah pasti kami mahu melangkah jauh dalam kejohanan ini kerana ia merupakan sasaran kami.
“Tetapi tugas kami masih belum selesai,” katanya. Sumber : Stadium Astro
- Sentiasa Melihat Pemain Terbaik Yang ‘Available’
- Matthew Davies Tidak Kekok
- Susulan Kejadian Banjir Kilat, Skuad Kilat MBJB Turun Bantu
- JDT Meraikan Orang Kurang Upaya Di Stadium Sultan Ibrahim
- Sanusi Md Nor Sekali Lagi Mencetuskan Suasana ‘Panas’ Arena Bola Sepak
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.