Suasana Di Stadium Shah Alam Umpama Aksi Final!! Kehangatan Separuh Akhir Ke-2 Warnai Stadium Walaupun Hujan Lebat

Kemampuan Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala Malaysia 2019 memang tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi selepas kedua-dua pasukan layak ke Separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini untuk aksi kedua setelah JDT menumpaskan Selangor Di Larkin Dengan Agg 2-1.

Jika trofi piala berprestij itu menjadi buruan 22 pemain di tengah padang, penyokong kedua-dua pasukan pula pastinya mempamerkan gelagat ‘unik’ masing-masing ketika berada di luar atau luar stadium.

Bermula di luar stadium, aktiviti cat muka, hadir dengan pelbagai kostum seakan sudah memasuki aksi final dan banyak lagi situasi menarik yang boleh disaksikan di sekitar stadium itu.

Hujan lebat sebelum aksi separuh akhir ke-2 di sini tidak melunturkan semangat penyokong kedua-dua pasukan yang mula membanjiri pekarangan stadium berkenaan.

Malah, ada yang tiba ke kawasan stadium dalam keadaan basah kuyup selepas hujan pada jam 2.45 petang tadi dengan mereka turut menjadikan khemah jualan cenderamata dan jersi sebagai tempat berteduh.

Komen Anda?