Stadium Sultan Ibrahim Sudah Hampir Sedia Digunakan, Dalam Peringkat Kekemasan Akhir

Menerusi laman Facebook ‘JOHOR Southern Tigers’ beberapa keping gambar dimuat naik menunjuk keadaan Stadium pada waktu malam/siang, Tandas serta tempat duduk.

Ternyata Lampu berwarna biru, merah dan putih sebagai simbolik warna bendera Johor yang akan menyala pada waktu malam.

Sekali pandang saling tak tumpah seperti tandas hotel bertaraf lima bintang yang luas memberi keselesaan kepada yang menggunakannya selain bersih dan kemas.

STADIUM Sultan Ibrahim Larkin di Iskandar Puteri yang menjadi venue baharu untuk juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka boleh mula digunakan sepenuhnya pada bulan depan.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Mohd Anizam Jamian yang memaklumkan pihak kontraktor sedang membuat beberapa pengubahsuaian peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada pengurusan JDT pada 20 Januari ini.

Beliau memaklumkan antara beberapa kawasan yang masih diubah suai adalah bilik persalinan pemain, bahagian dalaman ‘corporate box’, kaunter-kaunter tiket dan karpet sisi padang.

“Lampu LED pada masa ini sedang dinaik taraf bagi membolehkan pengalaman menyaksikan perlawanan yang lebih baik manakala lawang putar penyokong yang dipasang adalah buat sementara kerana lawang putar yang lebih canggih pertama di Malaysia telah ditempah dan akan tiba pada bulan April.

Tempat duduk kawasan granstan telah dipasang dengan kerusi plastik sementara menunggu kerusi kulit tiba pada bulan Mac,” kata Mohd Anizam yang dipetik sebagai berkata dalam hantaran terbaharu laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

PS:- Masih menunggu gambar2 dressing room JDT.

Facebook Comments