Stadium Sultan Ibrahim Memang Menakjubkan, Teruja Untuk Merasai Pengalaman Suasana Stadium Nanti

Mercu tanda terbaharu bagi Johor Darul Ta’zim. Memang sangat teruja apabila melihat 2,3 keping gambar Stadium Sultan Ibrahim. Sangat2 teruja..

Umum mengetahui sekarang ini pasukan Johor Darul Takzim sedang rancak mempersiapkan stadium bolasepak mereka yang baru bagi mengantikan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin . Stadium yang dinamakan dengan Stadium Sultan Ibrahim ini diharapkan oleh baginda akan menjadi Stadium Bolasepak yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Stadium Sultan Ibrahim adalah cetusan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja yang mahu memastikan kelab bolasepak Johor Darul Takzim atau JDT ada stadium sendiri. 

Pengurusan JDT sentiasa berkongsi perkembangan dan progres pembinaan tersebut dari semasa ke semasa. Menerusi laman Facebook ‘JOHOR Southern Tigers’ beberapa keping gambar dimuat naik menunjuk keadaan stadium tersebut yang di penghujung pembinaannya.

Photo By : JOHOR Southern Tigers

DYAM Tunku Mahkota Ismail adalah insan yang bertanggungjawab di dalam kecemerlangan pasukan JDT sekarang. Bukan sahaja sebagai pasukan yang disegani kerana kejayaannya mencipta pelbagai kejayaan tetapi JDT juga mempunyai fasiliti-fasiliti mewah yang setanding dengan pasukan-pasukan ternama dunia.

Tidak sabar rasanya bagi penyokong pasukan JDT untuk melihat Stadium baru mereka ini siap sepenuhnya dan menonton pasukan JDT bermain di Stadium baru ini. “Daulat Tuanku”

‘Luaskan Kuasamu Johor’

Photo By : JOHOR Southern Tigers

Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak JDT ‘Legacy Lit’ 2020!

Ayuh meriahkan Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak JDT ‘Legacy Lit’ 2020! Hadirkan diri untuk mendapatkan PAS MASUK EDISI TERHAD ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim!

Tarikh: 1-2 Februari 2020
Tempat: Dataran Bandaraya Johor Bahru

Komen Anda?