Stadium Sultan Ibrahim Dilengkapi Mesin AED

Stadium Sultan Ibrahim sedia kemudahan rawat serangan jantung

KUALA LUMPUR: Selaras dengan statusnya sebagai antara stadium terbaik di negara ini, Stadium Sultan Ibrahim di Johor, kini turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi pemain dan penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan di situ.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya, Johor Southern Tigers menjelaskan kelab itu sentiasa memastikan keselamatan pemain dan penyokong berada pada tahap terbaik dengan menyediakan 20 mesin AED di sekeliling stadium.

Katanya, kemudahan berkenaan adalah mesin perentak jantung yang boleh digunakan pihak perubatan dan pasukan keselamatan ketika kecemasan jika terjadi serangan jantung kepada pemain mahupun penyokong.

“Mesin AED yang terdapat di sekeliling stadium menjadi antara faktor yang menyelamatkan pemain Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika perlawanan peringkat Kumpulan B Euro 2020. 

“Marshall Stadium JDT juga semuanya sudah dilatih untuk menggunakan alatan ini sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan paramedik dan ambulans,” kata kelab itu.

Insiden membabitkan Erikson mendapat perhatian peminat bola sepak seluruh dunia selepas dia rebah ketika aksi menentang Finland dalam kempen Euro 2020 Kumpulan B di Stadium Parken, Copenhagen, Denmark semalam.

Sumber : Berita Harian

STADIUM SULTAN IBRAHIM DILENGKAPI MESIN AED SEBAGAI PERSEDIAAN KECEMASAN KEPADA PEMAIN DAN PENYOKONG

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa memastikan keselamatan para pemain dan penyokong berada pada tahap terbaik dengan menyediakan 20 mesin AED di sekeliling stadium.

Mesin AED adalah mesin perentak jantung yang boleh digunakan pihak medik dan pasukan keselamatan ketika kecemasan jika terjadi serangan jantung kepada pemain mahupun penyokong.

Mesin AED yang terdapat di sekeliling stadium menjadi antara faktor yang menyelamatkan pemain Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020.

Marshall Stadium JDT juga kesemuanya sudah dilatih untuk menggunakan alatan ini sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan paramedik dan ambulans.

Luaskan Kuasamu Johor
Komen Anda?