fbpx

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Menjadi Tumpuan Dunia

STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN BAKAL MENJADI TUMPUAN DUNIA

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menggunakan stadium baru sebagai gelanggang tuan rumah apabila pembinaan Stadium Sultan Ibrahim yang dibangunkan oleh Forest City telah bermula dan berjalan dengan lancar. Stadium baharu JDT itu yang mempunyai keluasan tanah seluas 140,000 meter persegi turut melibatkan kawasan pembangunan seluas 70,000 meter persegi.

Credit : The Photoshooterz

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mampu memuatkan kapasiti maksimum sehingga 40,000 penonton selain memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor turut terlibat secara langsung dalam projek ini antaranya seperti baginda mahukan kedudukan stadium ini menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput, penambahan kepingan cermin di sekeliling kawasan dalam stadium, merapatkan kedudukan kerusi penonton dengan padang, meninggikan sedikit kedudukan kerusi di bahagian ‘grandstand’ dan juga meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih disekeliling luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam.

Credit : The Photoshooterz

Projek ini bukan hanya melibatkan pembinaan stadium sahaja tetapi juga pelbagai aspek pembangunan yang lain termasuklah ibu pejabat Johor Darul Ta’zim, pusat latihan dan kedai cenderamata. Pastinya stadium baharu ini bakal menjadi satu mercu tanda Johor yang akan di rasmikan pembukaan nya pada 22hb Februari 2020.

Sumber : The Photoshooterz

STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN BAKAL MENJADI TUMPUAN DUNIAKelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menggunakan…

Posted by The Photoshooterz on Sabtu, 15 Februari 2020

Berita baik kepada semua para penyumbang Yayasan JDT! Anda dipersilakan hadir untuk membuat pengambilan PAS MASUK ISTIMEWA ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim mulai 15 hingga 20 Februari ini di Restoran Selasih Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Sesi pengambilan akan bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pastikan anda membawa bersama Kad Prabayar JDT Visa untuk penebusan pas tersebut. Kepada para penyumbang yang berada di luar Johor jangan risau, kerana wakil untuk pengambilan pas juga adalah DIBENARKAN!

Kepada yang belum menjadi penyumbang Yayasan JDT, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meraikan majlis pelancaran gilang gemilang tersebut pada 22 Februari ini di tempat duduk istimewa hanya dengan mendaftar di www.yayasanjdt.my šŸ”“šŸ”µ

Berita baik kepada semua para penyumbang Yayasan JDT! Anda dipersilakan hadir untuk membuat pengambilan PAS MASUK…

Posted by Yayasan JDT on Isnin, 10 Februari 2020

Komen Anda?