fbpx

Stadium Sultan Ibrahim Akan Mengadakan Proses Pemeriksaan Akhir

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menyatakan bahawa Stadium Sultan Ibrahim akan mengadakan proses pemeriksaan akhir oleh badan-badan pengelola bolasepak – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysian Football League (MFL) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 18 dan 19 Februari ini.

Pemeriksaan adalah untuk meluluskan penggunaan stadium baharu ini dalam pertandingan Liga Malaysia dan juga Liga Juara-Juara AFC. Kerja-kerja akhir untuk memenuhi keperluan teknikal juga hampir siap.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Hidup Johor Demi Johor

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) yakin stadium baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim akan siap sepenuhnya dan boleh digunakan sebelum bermula saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 28 Februari ini serta aksi pertama di tempat sendiri dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Suwong Bluewings pada 3 Mac nanti.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, satu pemeriksaan akhir akan dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada Selasa dan Rabu depan.

Justeru, beliau percaya skuad Harimau Selatan akan sempat menyiapkan dan memenuhi segala spesifikasi pertandingan AFC untuk memastikan stadium itu dapat digunakan bagi perlawanan di laman sendiri.

“Kelab bola sepak JDT ingin menyatakan Stadium Sultan Ibrahim akan mengadakan proses pemeriksaan akhir oleh badan pengelola bola sepak FAM, MFL dan AFC pada 18 dan 19 Februari ini.

“Pemeriksaan adalah untuk meluluskan penggunaan stadium baharu ini dalam pertandingan Liga Malaysia dan juga ACL. Kerja-kerja akhir untuk memenuhi keperluan teknikal juga hampir siap,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul mengesahkan venue baharu JDT itu belum pasti diberikan kebenaran untuk digunakan susulan beberapa aspek spesifikasi masih belum sempurna.

Lantas ia mengundang kemungkinan juara enam kali berturut-turut Liga Super itu terpaksa kembali menggunakan Stadium Larkin ketika saingan liga tempatan hanya tinggal dua minggu untuk dimulakan.

Komen Anda?
Related Post
Persiapan Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pembukaan rasmi Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih Sebentar tadi Pemilik Read more

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Menjadi Tumpuan Dunia

STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN BAKAL MENJADI TUMPUAN DUNIA Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal Read more

Perasmian Stadium Sultan Ibrahim Pada 22 Februari 2020

Alhamdulillah… Teruja untuk melihat keindahanya yang bakal menjadi antara mercu tanda terbaru Johor Darul Ta’zim Read more

Pemandangan Corporate Box, Stadium Baru JDT

Bertuah rasanya jika dapat menonton perlawanan bola sepak dalam keadaan yang cukup selesa di stadium. Read more