Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) memutuskan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 yang akan berlangsung pada 10 September ini jam 9.00 malam.

Mengikut perancangan awal, MFL ingin mengadakan aksi final itu pada 27 Ogos 2022 namun dengan mengambil kira penglibatan JDT di pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bertemu kelab Jepun, Urawa Reds bagi pusingan 16 pasukan terbaik pada 19 Ogos 2022 maka perubahan tarikh terpaksa dilakukan.

Jika kelab Harimau Selatan itu berjaya mengatasi Urawa Reds, mereka akan beraksi di suku akhir pada 22 Ogos 2022 manakala separuh akhir pada 25 Ogos 2022 justeru MFL menetapkan tarikh final Piala FA pada 10 September 2022 bagi memastikan semua perancangan dan persediaan yang diperlukan untuk kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian di dalam perlawanan akhir tersebut dan juga semua organisasi dan agensi berkaitan yang terlibat dalam pengelolaan perlawanan akhir Piala FA lebih jelas dengan tarikh yang diputuskan.

Dengan itu, MFL telah membincangkan pilihan yang ada, kekangan yang dihadapi dan ketidakpastian perancangan itu dan juga mendapat pandangan kedua-dua pasukan mengenai keperluan penyediaan pasukan maka TFC dan JDT bersetuju untuk perlawanaan akhir Piala FA dimainkan pada 10 September 2022.

Ini susulan permohonan MFL untuk menggunakan SNBJ mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini selepas MFL serta pihak pengurusan TFC dan JDT telah membuat pemeriksaan teliti mengenai keadaan padang stadium itu bagi final edisi ke-32 Piala FA.

Sebelum ini, PSM mengumumkan penutupan SNBJ bagi sebarang aktiviti bola sepak bagi kerja-kerja penyelenggaraan termasuk baik pulih padang dan MFL amat berterima kasih atas kerjasama pihak PSM yang meluluskan permohonan untuk SNBJ digunakan sebagai gelanggang final Piala FA tahun ini.

Dalam membuat pemilihan venue ini, MFL telah melalui proses yang panjang untuk menilai kemungkinan beberapa pilihan venue untuk penganjuran Perlawanan Akhir Piala FA 2022.

Mengenai penjualan tiket final Piala FA 2022, MFL akan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan TFC dan JDT terlebih dahulu sebelum hebahan dilakukan dalam waktu terdekat ini..

Baca lanjut ➡️ malaysianfootballleague.com/articles/stadi

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?