Skuad Sri Pahang yang bertandang ke Seri Iskandar untuk aksi menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim pada Rabu, bakal mempertaruhkan ramai pemain muda.
Pengendali, Christophe Gamel berkata ini berikutan ketiadaan pemain-pemain utama yang masih belum pulih daripada kecederaan selain menjalani penggantungan perlawanan.
Ketua jurulatih @OfficialPahang, Christophe Gamel sedar tugas yang cukup berat berdepan Johor Darul Ta’zim dalam usaha untuk memburu tiga mata bagi aksi Liga Super, malam esok.#LigaSuper2022
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) May 17, 2022
Sri Pahang janji aksi terbaik berdepan JDT
Sri Pahang FC janji memberikan aksi terbaik berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.
Di petik dari Laman Harian Metro, Pengendalinya, Christophe Gamel berkata, biarpun sedar akan berdepan kesukaran, skuad itu akan berusaha memberikan tentangan.
“Saya jangkakan perlawanan yang sengit bakal dihadapi Sri Pahang dan diharapkan semua pemain dapat bermain dengan baik.
Sokongan Anda Memberi Setiap Pemain Semangat Yang Luar Biasa – TMJ
“Berdepan JDT yang memiliki pemain berpengalaman menyebabkan saya harapkan pemain Sri Pahang memanfaatkan sebaik peluang yang dimiliki,” kata jurulatih dari Perancis itu.
Difahamkan, penyerang import, Mahmoud Za’tara masih menjadi sandaran utama skuad Tok Gajah membolosi gawang Harimau Selatan itu.
Sandaran itu berdasarkan prestasi semasa selepas penyerang Jordan itu menjaringkan dua gol ketika menewaskan skuad Projek FAM-MSN 3-0 pada pusingan kedua Piala FA, Sabtu lalu.
Pada masa sama, pemain import dari Laos, Billy Ketkeophomphone masih tidak dapat diturunkan kerana belum pulih daripada kecederaan.
Namun, sentuhan jaringan dua pemain tengah iaitu Nor Azam Azih dan Manuel Hidalgo tetap menjadi taruhan terbaik skuad Tok Gajah.
Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kelapan liga dengan tujuh mata hasil daripada dua kemenangan dan satu seri. Sumber : Harian Metro
- Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman
- Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat
- Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata
- Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas
- Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022
LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.