Sri Pahang Benam KDA FC

Sri Pahang berjaya membenam Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini malam ini.

Dua gol daripada Steven Rodriguez, masing-masing satu pada separuh masa memastikan skuad Tok Gajah mengutip tiga mata di halaman sendiri.

Namun, pada perlawanan itu, pelawat lebih bersedia apabila melancarkan serangan awal menerusi Ronald Ngah tetapi tandukan pemain import KDA itu sedikit melepasi palang tuan rumah ketika penjaga gol tuan rumah, Mamadou Samassa sudah tertewas seawal minit kedua perlawanan.

Selepas itu, Hidalgo sekali lagi memiliki peluang sama tetapi bola hanya melalui depan gawang lawan pada minit ke-25.

Namun, pada minit ke-31, gol pendahuluan akhirnya menjelma buat Sri Pahang hasil sentuhan penyerang import, Steven Rodriguez.

32′ GOL | Steven Rodriguez membuka tirai jaringan di Stadium Darul Makmur dengan sepakan lambung yang menewaskan Ifwat Akmal.

Keputusan 1-0 kekal pada separuh masa ketika KDA berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan.

Bersambung babak kedua, ketinggalan satu gol menyaksikan KDA menggandakan serangan dalam usaha mencari gol penyamaan ketika tuan rumah kekal bertahan.

Sebaliknya, Rodriguez menjaringkan gol kedua buat skuad Tok Gajah yang juga kedua peribadi untuk terus memberi tekanan kepada kepada lawan pada minit ke-67.

67′ GOL | Steven Rodriguez menggandakan kelebihan tuan rumah!

Bagi KDA, ia kekalahan kedua berturut-turut dialami selepas tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur City FC pada 27 Julai lalu.

📊 KEDUDUKAN – LS14

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: