fbpx

Spiderman Kena Tangkap Oleh Imigresen Melaka, Di Sebalik Topeng Ada Ceritanya

SPIDERMAN TEWAS

Imigresen tangkap spiderman bangla, bekerja secara haram mengunakan pasport pelancong di bandar bersejarah Melaka.

Siapa pernah tangkap gambar dgn spiderman ini mesti kena rm5.00 atau rm10.00 skali bergambar.

Kredit : Melaka Daily

Spiderman tewas dicekup Imigresen Melaka

MELAKA – Kelicikan seorang warga Bangladesh menggunakan kostum adiwira “Spiderman” untuk mengaut keuntungan caj bergambar yang dikenakannya kepada pelancong akhirnya terbongkar apabila dia dicekup Jabatan Imigresen Melaka (JIM) di Jalan Kota, Banda Hilir di sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Mohd. Fauzi Abdullah berkata, risikan telah dibuat sepasukan tujuh penguat kuasa JIM yang memantau dan menunggu kira-kira lima jam di beberapa lokasi sasaran sebelum Spiderman terbabit berjaya dicekup pada pukul 4.20 petang.

Katanya, lelaki berusia 38 tahun itu didapati memakai kostum Spiderman bagi menarik minat kanak-kanak dan pelancong mengambil gambar bersamanya dan mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 untuk setiap keping yang diambil.

“Lelaki warga asing ini turut menjual permainan kanak-kanak dan mempunyai pembantu iaitu seorang wanita berusia lewat 40-an bersama anak perempuannya.

“Hasil pemeriksaan pada Spiderman ini, kita dapati dia turut membawa salinan dokumen palsu. Kita menahannya atas kesalahan tinggal lebih masa di atas pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Fauzi berkata, lelaki berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 iaitu tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, tangkapan Spiderman oleh JIM itu turut tular dalam laman sosial Facebook dengan rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan tegas penguat kuasa berikutan taktik licik lelaki itu mendapatkan wang menerusi caj bergambar yang dikenakannya. – K! ONLINE

Komen Anda?
Related Post
Pakai Kostum Spiderman Baru Orang Nampak

Spiderman kutip sampah di jalan, tepi pantai Tindakan seorang pekerja kafeteria, Rudi Hartono yang memakai Read more

Spiderman Buka Gerai Burger, “Malu Ape Spiderkurr”

Pelanggan teruja tengok 'Spiderman' jual burger di Kampung Raja, Besut BESUT: Meskipun perasaan malu pada Read more

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Menjadi Tumpuan Dunia

STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN BAKAL MENJADI TUMPUAN DUNIA Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal Read more

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa JDTII vs Tanjung Pagar United FC

INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH | 15 FEBRUARY 2020 JDT II [4-0] TANJONG PAGAR UNITED FC(Kei Hirose Read more