Southern Volunteers Digerakkan Membantu Mangsa Ribut

(DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor) – Saya mengambil maklum mengenai bencana ribut yang berlaku semalam di sekitar Tanjung Sedili. Rasa dukacita apabila diberitahu betapa teruknya kerosakan yang dialami di kawasan perkampungan dimana seramai 291 buah rumah tangga terjejas akibat kejadian ini.

Saya telah memberi sumbangan peribadi untuk agihan segera kepada kesemua 291 keluarga yang terjejas akibat ribut ini. Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor telah menyediakan Pusat Pemindahan Sementara bagi mereka yang terjejas dan menghulurkan bantuan dalam bentuk bakul makanan dan sumbangan untuk membaiki bumbung rumah yang telah rosak. YAB Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.5 juta hingga RM5 juta bagi tujuan membantu masyarakat Tanjung Sedili. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Negeri Johor turut memberi sumbangan kepada mereka yang terjejas. Tahniah dan syabas atas keprihatinan dan tindak balas yang pantas.

Southern Volunteers juga telah digerakkan ke sekitar Tanjung Sedili untuk membantu dalam usaha pemulihan dan mengagihkan sumbangan. Diharapkan bantuan dan sumbangan ini dapat meringankan bebanan dan mereka dapat pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Bersama-sama kita doakan agar segala usaha-usaha bantuan dan pengurusan bencana dipermudahkan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Daulat Tuanku

(Menteri Besar Johor) Pagi ini saya meninjau keadaan di Tanjung Sedili yang teruk dilanda ribut petang semalam.

Saya turut berjumpa dan bertanya khabar serta keperluan mangsa-mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia Jaya, Tanjung sedili.

Bagi bantuan awal, setiap keluarga menerima wang tunai RM1,000 daripada Kerajaan Negeri, RM400 daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan bakul makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mangsa ribut terima bantuan

Kota Tinggi: Peruntukan antara RM4.5 hingga RM5 juta disediakan kerajaan negeri bagi membantu penduduk di Tanjung Sedili, dekat sini, yang terjejas akibat ribut, semalam.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, menerusi peruntukan itu, setiap keluarga akan menerima antara RM5,000 hingga RM15,000 bergantung kepada kerosakan harta benda termasuk kediaman.

“(Bantuan untuk) Sekolah, balai polis, klinik yang terjejas juga ada, tetapi kita belum ada angka lagi dan agensi berkaitan sedang membuat anggaran kerosakan untuk bangunan terbabit,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia Jaya, Tanjung Sedili, di sini, hari ini. 

Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil.

Hasni berkata, pada peringkat awal, setiap keluarga akan menerima bantuan wang tunai RM1,000 dari kerajaan negeri, RM400 dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan bakul makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Selain bantuan makanan, tempat sementara akan dikenal pasti bagi mereka yang memerlukannya kerana masa membaiki rumah mungkin mengambil masa lama memandangkan kita masih dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Semalam, kira-kira 140 kediaman membabitkan tujuh kampung mengalami kerosakan susulan kejadian ribut yang melanda di kawasan Tanjung Sedili, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora dilaporkan berkata, bumbung sebuah rumah Perumahan Polis di Balai Polis Kuala Sedili turut terjejas dan mengalami kerosakan termasuk bumbung garaj kereta.

Bagaimanapun, laluan utama tidak terputus kerana proses penyelenggaraan jalan raya sudah dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi dengan mengalihkan atau memotong pokok tumbang.

Sumber : Harian Metro

Selepas di Pusat Pemindahan Sementara, saya turut meninjau penempatan penduduk yang terjejas.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam bencana alam itu.

Saya beri jaminan, Kerajaan Negeri akan berusaha sebaiknya untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Peruntukan ini termasuk bantuan membaiki rumah berdasarkan kerosakan yang dialami penduduk.

Semoga semua penduduk yang terjejas bersabar dan tabah atas ujian ini.

Komen Anda?