Sooka NSL, Johor Jewels Intai Gelaran Juara

4 pasukan yg akan berentap di separuh akhir. Siapa yg akan ke final??

@officialjohorjewels @pahangtulipsofficial @selangorangels @klwildcats

Johor Jewels intai gelaran juara NSL

PILIHAN utama saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022, Johor Jewels melaungkan keyakinan untuk merangkul gelaran sulung musim ini selepas menamatkan liga sepusingan sebagai juara.

Di petik dari laman Kosmo Online, Skuad kendalian Fazira Mesnan itu memastikan tempat ke separuh akhir dengan rekod bersih apabila mencatat kemenangan ketujuh selepas menewaskan Selangor Angels 57-25 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit ­Kiara malam kelmarin.

Pemain tengah Johor, Pow Mei Foong mengakui, mereka berada pada landasan terbaik untuk mencapai sasaran juara musim ini selepas melangkah ke separuh akhir sebagai juara liga sepusingan.

“Selepas perlawanan malam ini (kelmarin), kami berada pada landasan terbaik untuk menjadi juara. Sejak awal saingan hingga minggu ketiga, semua pemain tampilkan aksi seperti dijangka.

“Memang ini yang kita mahukan sejak NSL membuka tirai­nya. Sekarang kami sudah boleh buat persiapan dan fokus bagi mendapatkan gelaran juara bagi kempen 2022,” katanya.

Dalam pada itu, pemain terbaik perlawanan, Gayani Samanthika berkata, dia dan rakan sepasukan sudah bermain se­perti diarahkan jurulatih selain mengekalkan fokus hingga tamat permainan.

Pemain import dari Sri Lanka itu juga berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana banyak membantu dari segi pertahanan sehingga membolehkan dia dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Sebenarnya, kami bermain sebagai satu pasukan. Tanpa rakan-rakan, tidak mungkin saya mampu bertahan sendirian di kubu pertahanan. Saya harap kami boleh terus bermain seperti ini pada separuh akhir dan final nanti,” ujarnya. Sumber : Kosmo Online

Tiket akan mula dijual pada Rabu ni utk separuh akhir dan Jumaat utk Final !! Kasi penuh stadium gaisss & girlss !!!

Dah boleh start beratur dah di www.tickethotline.com.my. Link ada di bio.

Photo by Netball Super League

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: