Sokongan Penyokong Pemangkin Semangat

Persiapan pasukan dari segi mental dan fizikal tidak cukup tanpa tambahan semangat dari penyokong bagi meningkatkan lagi keyakinan berhadapan dengan pasukan lawan.

Sokongan padu peminat diyakini mampu menerbitkan persembahan positif Johor Darul Ta’zim (JDT) Menentang Terengganu FC pada aksi penentu ke pentas final Piala Malaysia edisi ke-100 apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

“Berharap penyokong memiliki sentimen sayangkan bola sepak negara dan sentiasa mengikut peraturan atau pematuhan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu mengamalkan Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna.”

Untuk makluman Walaupun JDT dillihat memliki kelebihan gol di tempat lawan selepas seri 1-1 dengan skuad kendalian Nafuzi Zain pada aksi separuh akhir pertama, bagi admin menganggap perlawanan aksi separuh akhir kedua masih terbuka bukan sahaja kepada pasukan JDT malah skuad TFC yang mampu mencipta kejutan.

Pada aksi berintensiti tinggi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Isnin lalu, TFC terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain import, Jordan Mintah pada minit kelapan tetapi Bergson Da Silva melegakan kem skuad Harimau Selatan apabila bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-50 untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Admin harap, baki 90 minit perlawanan tetap kritikal dan pemain JDT yang bakal diturunkan harus memberi persembahan terbaik di depan penyokong sendiri yang akan beri suntikan semangat kepada mereka mempamerkan corak permainan konsisten,”.

Berikan kata-kata sokongan anda bagi memupuk semangat perjuangan buat para pemain. Pastikan anda tidak terlepas untuk memberikan sokongan dalam perlawanan separuh akhir kedua di mana JDT akan menentang Terengganu FC bagi menentukan siapa layak ke Final TM Piala Malaysia 2021.

Saksikan siaran langsung perlawanan Johor Darul Ta’zim lwn Terengganu FC pada Jumaat, 26 November di TV1, unifiTV 701 & 702, aplikasi unifi playTV dan YouTube unifi.

“Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021”.

Jom penyokong2 JDT, undilah pasukan kesayangan kita dengan layari 👇http://surveymonkey.com/r/2021FANXI dan jawap soalan yang diberikan.

#LuaskanKuasamuJohor

INFO TIKET PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2021 🏆

Sebanyak 20,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com bermula tengah hari, Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata tiket tempat duduk terbuka itu dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, MFL turut mengekalkan harga tiket perlawanan seperti final edisi 2019 yang dijual mengikut empat tingkat bermula pada harga RM50 dan RM70 bagi tempat duduk umum, RM80 untuk tempat duduk umum premium dan RM150 bagi grandstand premium.

Pasukan manakah yang bakal melangkah ke Perlawanan Akhir nanti? 🤩 Boleh Komen kat Bawah…

Komen Anda?