Sokongan Anda Memberi Setiap Pemain Semangat Yang Luar Biasa – TMJ

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) merayu para penyokong Harimau Selatan memenuhi Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi Liga Super menentang Sri Pahang pada malam esok.

TMJ rayu penyokong JDT penuhi SSI

Menjelang aksi Liga Super menentang Sri Pahang FC , pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) merayu para penyokong Harimau Selatan memenuhi Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam esok.

Perlawanan ini adalah aksi terakhir bulan ini sebelum liga direhatkan seketika untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 bermula Jun nanti.

“Esok perlawanan terakhir selepas itu direhatkan untuk 1 bulan. Datang stadium beri sokongan. Tahun ini, semangat melawan pasukan luar biasa. Sejarah dan rekod sudah tercipta.

“Sokongan anda memberi setiap pemain semangat yang luar biasa,” tulis Tunku Ismail di ruang komen dalam laman instagram officialjohor.

KOMEN Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman instagram officialjohor.

Pada masa sama, TMJ turut mendedahkan beliau telah banyak berkorban masa dan wang untuk memajukan bola sepak Johor dan berharap agar para penyokong setia pasukan itu sentiasa hadir ke stadium dalam setiap perlawanan.

“Kesian saya ni. Berjuta-juta duit keluar, masa, pengorbanan, sejarah, pencapaian dan masih kena merayu untuk penyokong ke stadium.

“Apa apa pun terima kasih atas sokongan anda,” ujarnya.

Harimau Selatan kini kekal berada di kedudukan teratas Liga Super dengan 15 mata selepas mengharungi lima perlawanan dan mereka satu-satunya pasukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan hanya bolos satu gol sahaja setakat ini. –UTUSAN ONLINE

Sokongan padu para penyokong sangat penting bagi menaikkan semangat pemain selain mewujudkan tekanan terhadap lawan.

Sila hadir ke Stadium Sultan Ibrahim Pada esok hari. Pasukan JDT memerlukan sokongan padu lagi bersemangat dari kita semua .
Bawa keluarga bawa anak anak bawa kawan kawan semua kita bersama bersorak bersama untuk memastikan Pemain JDT bersemangat untuk menang.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: