Skuad Wanita Negara Atasi Palestin

Kumpulan H Kelayakan Piala Asia Wanita 2022

PALESTIN 🇵🇸 0⃣ – 2️⃣ 🇲🇾 MALAYSIA

⚽️ Andrea Lee 57’ Steffi Sarge Kaur 81’

Skuad wanita negara atasi Palestin

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak wanita negara menewaskan tuan rumah, Palestin 2-0 pada aksi kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Stadium Faisal Al-Husseini, Tebing Barat, sebentar tadi.

Keputusan itu sekali gus menebus kekecewaan skuad Malayan Tigress tewas 0-4 kepada Thailand pada aksi pembukaan Kumpulan H di gelanggang sama, Ahad lalu.

Jaringan Andrea Lee pada minit ke-57 dan ledakan kapten pasukan, Steffi Sarge Singh pada minit ke-81 sudah cukup untuk memberi kemenangan bermakna buat skuad wanita negara itu.

Walaupun meraih tiga mata penting, namun peluang untuk skuad wanita negara melangkah ke pusingan akhir tampak masih sukar kerana hanya juara kumpulan yang akan layak.

Thailand hanya memerlukan keputusan seri apabila berdepan Palestin, Sabtu ini untuk muncul juara kumpulan dan mengesahkan tempat di pusingan akhir.

Pusingan akhir Piala Asia Wanita 2022 dijadualkan berlangsung di India pada 20 Januari hingga 6 Februari 2022.

Sumber : Berita Harian

Komen Anda?