fbpx

Skuad Vissel Kobe Akan Melayan Kunjungan Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim

Skuad Vissel Kobe akan melayan kunjungan juara Liga Super Malaysia, JDT untuk saingan pertama ACL 2020 bagi peringkat Kumpulan G. Perlawanan itu akan berlangsung di Misaki Park Stadium.

Photo By Google

Pasukan J1 League, Vissel Kobe meraih motivasi tambahan menjelang saingan pembukaan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila dinobatkan selaku juara Fuji Xerox Super Cup 2020, di Stadium Saitama.

“This is our second year playing in the ACL” – 🗣 Safawi Rasid 🔴🔵

Check out the interview with Safawi Rasid ahead of the first ACL match against Vissel Kobe 👊🏻

"This is our second year playing in the ACL" – 🗣 Safawi Rasid 🔴🔵Check out the interview with Safawi Rasid ahead of the first ACL match against Vissel Kobe 👊🏻#JDT #LuaskankuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sabtu, 8 Februari 2020

DARI JOHOR KE JEPUN

Di ketika ini, pasti ramai penyokong JDT yang akan terbang ke negeri matahari terbit. Ada yang masih memikirkan pelan minit terakhir untuk mencuri peluang ke Noevir Stadium Kobe. Tidak dilupakan kepada yang belum berkesempatan untuk ke Jepun, pasti semua tidak sabar untuk menonton perlawanan di kaca televisyen. Jangan diskriminasi, tugas penyokong adalah menyokong pasukan sebaik mungkin. Tidak kira di mana jua anda berada.

Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi, media massa masih tidak kelihatan mempromosikan perlawanan Liga Juara-Juara AFC. Bukan ‘glamour’ yang ditagih. Hanya memerlukan ‘hype’ supaya penyokong tidak sabar untuk menyokong satu-satunya kelab bolasepak dari Malaysia yang akan bertanding di Liga Juara-Juara AFC ini.

Oh pedulikan, kita telah melawan sistem dari dahulu lagi. Kita tetap menuju kehadapan. Kita tetap mendapat tempat untuk bertanding di antara kelab-kelab bolasepak yang terbaik di Asia. Kita tetap membina nama di persada dunia. Kita tetap melakar sejarah. Kita tetap menjadi bahan bualan di mana-mana.

Tanggal 12 Februari 2020, kelab bolasepak JDT akan berhadapan dengan wakil kelab bolasepak dari Jepun, Vissel Kobe. Ini merupakan perlawanan pertama peringkat kumpulan. Tidak menaruh harapan tinggi. Tapi kemenangan adalah bonus. Kekalahan akan dijadikan pengajaran.

Sedarkah anda semua, kelab bolasepak JDT bertanding mewakili negara. Secara logiknya, perlawanan ini mengutip mata demi mengangkat martabat bolasepak Malaysia. Itu secara keluruhannya. Teruskan sokongan tak kira di mana anda berada. Kerana bila kita semua bersatu, kelak kita akan berjaya.

Ingat, kelab bolasepak JDT akan sentiasa tampil dengan kejutan.

Johor akan sentiasa jadi Johor.

Salam kesejukan dari Osaka.

DARI JOHOR KE JEPUN*******Di ketika ini, pasti ramai penyokong JDT yang akan terbang ke negeri matahari terbit. Ada…

Posted by Farhan Khair on Ahad, 9 Februari 2020

TERDAHULU JDT SAH BERGELAR AFC CUP CLUB OF THE DECADE

Pasukan Harimau Selatan hari ini sah dinobatkan sebagai ‘AFC Cup Club Of The Decade’ selepas tamat undian. 81,056 orang pengundi kesemuanya dan JDT mendapat 80% daripadanya.

Johor DT – 80%
Air Force Club – 12%
Qadsia FC – 6%
Kuwait FC – 2%
Al Ahed – 1%

Penyokong pasukan kelab lain di Malaysia juga turut menyumbang undi untuk pasukan JDT. Tahniah!

Tahniah Johor Darul Ta’zim – Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad

Posted by Satu Johor on Ahad, 9 Februari 2020

Luaskan Kuasamu Johor

Pastinya semangat membara bakal di bawa oleh pasukan JDT bila bertemu Vissel Kobe nanti hasil dari pengiktirafan ini serta sokongan. padu yang telah di berikan oleh para penyokong JDT sendiri mahu pun penyokong dari pasukan lain ukhuwah menyatukan kita

Komen Anda?