Skuad kendalian Christophe Gamel Bermula Dengan Baik Dan Berusaha Beri Tekanan

Bergson menjaringkan gol JDT pada awal dan lewat perlawanan manakala Saiful Jamalludin dan Manuel Hidalgo menyumbang jaringan Sri Pahang FC.

JDT tempuh detik cemas – Mora

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora mengakui barisan pemainnya berdepan kesukaran dan terpaksa menempuh detik cemas sebelum bangkit mengikat Sri Pahang FC 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Di petik dari Laman Berita Harian, Mora berkata, skuad kendalian Christophe Gamel bermula dengan baik apabila berusaha untuk memberi tekanan terhadap barisan pemain JDT terutama kelicikan Manuel Hidalgo yang menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Selatan.

“Mereka mengasak benteng JDT dengan bergerak di posisi sayap kanan dan kiri dan situasi itu memberi kami kesukaran untuk mengekalkan corak permainan yang konsisten terutama babak pertama apabila sering di asak sehingga mereka bangkit menyamakan jaringan dan seterusnya mendahului 2-1 sebelum tamat babak pertama.

“Pada babak kedua, kami mendominasi permainan dan menyusun strategi apabila kerap memberi tekanan di benteng lawan sehingga mereka membuat kesilapan dan saya enggan mengulas lanjut mengenai keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Jadi saya anggap itu mungkin rezeki buat JDT.

“Saya juga membuat rombakan di posisi pertahanan kerana tidak dapat menurunkan Caril (De Murga) yang mengalami kecederaan malah prestasi tiga pemain pertahanan – Matthew (Davies), Shahrul (Saad) dan Aidil (Zafuan Abd Radzak) juga tidak mengecewakan kerana mampu menyekat barisan serangan lawan,” kata Mora.

Mora mengakui agak kecewa dengan persembahan Nathaniel Shio Hong Wan yang kurang konsisten di posisi tengah selepas kerap kehilangan bola kepada pemain lawan dan ia senario yang tidak harus berlaku terutama buat pemain muda.

Jaringan Bergson Catat Keputusan Seri Menentang Sri Pahang FC

Katanya, Nathaniel harus sentiasa berada di tahap permainan yang memuaskan kerana dia pemain muda yang memiliki bakat besar tapi pada aksi menentang Sri Pahang FC, pemain itu gagal mengekalkan momentum permainan ketika aksi lalu.

“Masalah yang kerap berlaku kepada pemain muda ialah mereka mampu beri persembahan terbaik dan ada ketika mereka seolah-olah hilang arah. Faktor usia dan memainkan peranan selain perasaan gementar beraksi menentang Sri Pahang FC,” katanya.

Mengenai tempoh rehat hampir sebulan, pengendali kelahiran Mexico itu mengesahkan beberapa pemain JDT akan menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2023 manakala pemain yang kurang minit permainan akan bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) untuk aksi Liga Perdana.

Tempoh rehat ini membolehkan pemain yang mengalami kecederaan seperti Shane Lowry, Leandro Velazquez, Natxo Insa dan Carli akan pulih sepenuhnya menjelang aksi menentang Kedah Darul Aman FC nanti.

Sumber : Berita Harian

Apa yang di cakap oleh Benjamin Mora kepada Manuel Hidalgo kemudian di tarik oleh jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel.

Photo by The Photoshooterz

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?