Skuad Kendalian Brad Maloney Akan Bertemu Laos Di Stadium Thien Truong

Skuad kendalian Brad Maloney itu seterusnya akan bertemu Laos di Stadium Thien Truong untuk aksi berikutnya pada Rabu ini, 11 Mei 2022.

Pertahanan skuad B23 negara Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim yang ditimpa kecederaan menentang Thailand menunjukkan perkembangan positif pada sesi latihan hari ini sekaligus dijangka beraksi bertemu Laos Rabu ini.

Datuk Haji Hamidin Bersama CDM Sukan SEA Lawat Sesi Latihan B-23 Negara

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad turun padang melawat sesi latihan pasukan bola sepak lelaki bawah 23 tahun (B-23) di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province hari ini.

Dalam kunjungan itu, Datuk Haji Hamidin bersama Datuk Nur Azmi melihat perkembangan semasa dua pemain negara, Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim Mamat masing-masing ditimpa masalah kecederaan ketika menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thien Truong pada 7 Mei 2022.

“Selepas menerima laporan dan pandangan doktor perubatan, kedua-dua pemain itu kemungkinan besar tidak akan diturunkan untuk perlawanan seterusnya nanti (bertemu Laos) untuk memberi ruang mereka pulih sepenuhnya

“Namun ia bergantung kepada kondisi semasa pemain-pemain itu dan sudah pasti kita akan turunkan jika mereka sudah berada di tahap terbaik nanti.

“Buat masa ini, kita hanya meletakkan kedua-dua pemain ini dapat diturunkan bertemu Singapura pada 14 Mei 2022,” kata Datuk Haji Hamidin.

Datuk Haji Hamidin dan Datuk Nur Azmi masing-masing tidak terlepas peluang untuk memberikan kata semangat kepada pasukan muda negara yang bakal bertemu Laos di aksi kedua di venue yang sama pada 11 Mei 2022 nanti.

“Pemain-pemain negara diingatkan untuk tidak memandang rendah lawan (Laos) ekoran setiap negara kini sudah mempunyai kelebihan masing-masing dengan prestasi yang semakin meningkat,” tambah Datuk Haji Hamidin.

Bukan menang nasib – Maloney

Brad Maloney menegaskan kejayaan Malaysia menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi pembukaan bola sepak lelaki Sukan SEAVietnam kelmarin bukan kerana nasib.

Dipetik dari Laman Utusan Online, Tegas pengendali kelahiran Australia itu, tiga mata penting yang diraih dengan menewaskan skuad Gajah Perang dicapai hasil usaha keras dan komitmen ditunjukkan anak buahnya.

“Kita menghormati Thailand tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak takut lawan mereka dan pemain bekerja keras hampir 98 minit untuk mengubah keputusan perlawanan.

“Pemain lakukan apa yang patut mereka lakukan di atas padang dan kemenangan ini adalah ganjaran atas usaha keras mereka.

“Sukar buat pasukan yang kehilangan seorang pemain, jadi kami memanfaatkan peluang yang ada.

“Saya juga gembira dengan pertukaran yang dilakukan di mana pemain yang baru dimasukkan be­kerja dengan keras. Kemasukan mereka membantu menambah baik aspek permainan dan hasilnya, kami mendapat keputusan positif,” ujar Maloney.

Dalam aksi di Stadium Thien Truong, Malaysia beraksi dengan kelebihan seorang pemain hampir 50 minit untuk menjaringkan dua gol pada babak kedua selepas ketinggalan pada separuh masa pertama.

(Video) Gol Azfar Fikri Supersub, Malaysia Menewaskan Thailand

Jaringan pada masa kecederaan menerusi Azfar Fikri Azhar membolehkan Malaysia merakam kemenangan 2-1 ke atas pemenang 16 pingat emas Sukan SEA itu, sekali gus membuka kempen kali ini dengan langkah kanan.

Terdahulu Thailand berjaya mendahului pada minit ke-33 menerusi Patrik Gustavsson sebelum Danial Asri menyamakan kedudukan minit ke-61.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia di tangga teratas Kumpulan B, namun Maloney enggan terlalu memikirkan slot separuh akhir.

“Masih terlalu awal dan ada tiga lagi perlawanan di peringkat kumpulan. Kemenangan ini satu yang positif tetapi kita perlu kekal fokus untuk perlawanan sete­rusnya sebelum berfikir mengenai perkara lain,” kata Maloney.

Malaysia akan menentang Laos dalam aksi kedua Kumpulan B, Rabu ini sebelum berdepan ­Singapura (Sabtu) dan Kemboja, dua hari kemudian. Sumber : Utusan Online

Carta Kedudukan Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 Vietnam

  • Selepas Hari Perlawanan 2 pada Isnin, 9 Mei 2022

LAOS 🇱🇦 1-4 🇰🇭 KEMBOJA
THAILAND 🇹🇭 5-0 🇸🇬 SINGAPURA

🇲🇾 MALAYSIA tidak beraksi hari ini

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: