Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan Terengganu FC (TFC) pulang hampa apabila menewaskan pasukan dari Pantai Timur itu 2-0 pada aksi Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.
Starting the season on a right note… 2023 Piala Sumbangsih winners!
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 24, 2023
More photos at https://t.co/KeIEGeFO5H#SixInARow#ElevateTheGame#WhatCanYouDo#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/ESPJ0mUZpW
Kemenangan itu menyaksikan JDT yang dibimbing Esteban Solari mengekalkan piala itu buat kali keenam berturut-turut sejak 2018 sekali gus mengumpul tiga mata pertama pada aksi pembuka tirai Liga Super.
Pada pertembungan itu, Solari menampilkan taktikal baharu dengan menyenaraikan Oscar Arribas di posisi bek kiri, Juan Muniz menjadi perancangan utama di posisi tengah manakala Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menjaga gawang gol.
Sebaik aksi bermula, JDT melakukan asakan awal pada minit ketiga apabila bola umpanan Afiq Fazail yang membuka ruang buat Fernando Forestieri sempat melencongkan bola namun hanya sipi ke gawang gol TFC.
Bagaimanapun, serangan bertali arus skuad Harimau Selatan pada minit kelima menjelmakan jaringan selepas bola sepakan lintang Bergson Da Silva menyaksikan Muniz bertindak menanduk bola menewaskan penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin yang lambat keluar untuk menepis bola.
Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu, Arif Aiman Hanapi hampir menambah jaringan pada minit ke-15 selepas tindakannya menggelecek dua pemain TFC sebelum menyusup masuk ke dalam kotak penalti tetapi bola rembatan deras di sudut kanan gawang sempat di tepis Mohd Suhaimi.
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner yang ketinggalan dengan jaringan awal tampak cuba mencari peluang bagi memburu gol penyamaan tetapi sepanjang babak pertama kelibat gandingan Adisak Kraison dan Ivan Mamut yang digembar-gembur mahu merobek gawang JDT sekadar penumpang dalam kesebelasan skuad Penyu apabila gagal melakukan percubaan berbahaya.
Bersambung babak kedua, anak didik Solari membentuk corak permainan dengan umpanan bola pendek sambil membuka ruang di posis sayap kiri dan kanan dalam usaha menambah jaringan pada perlawanan itu.
Menerusi bola sepakan lintang Arif Aiman dari posisi sayap kanan pada minit ke-57 bagaikan menutup sisa perjuangan skuad Penyu apabila Bergson yang tidak dikawal mudah menampan bola menewaskan Mohd Suhaimi untuk meletak JDT selesa dengan kedudukan 2-0.
Sumber : Bharian
https://twitter.com/astroarena/status/1629138643515510785?s=46&t=YVmwNsNoOvMJW8TMa-_C0Q
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.