Skuad Harimau Malaya Tewas 0-4 Menentang UAE

BARISAN kesebelasan pemain Malaysia bergambar sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023 menentang UAE di Stadium Zabeel, Dubai.

Photo by FAM

UAE pukau Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Tempoh 10 minit terakhir jelas menjadi mimpi ngeri buat skuad Harimau Malaya apabila dibolosi tiga gol sebelum tewas 4-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pertama baki Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu tergelincir ke tangga keempat Kumpulan G meskipun terikat sembilan mata dengan UAE dan Thailand namun ‘tercicir’ dengan perbezaan gol.

Tuan rumah menguasai hampir keseluruhan permainan dan terlebih dahulu menghantar amaran awal menerusi percubaan Khalil Ibrahim pada minit keenam namun ditepis Farizal Marlias.

Jentera tengah negara pula tampak gagal memberikan impak selain kekerapan kehilangan bola oleh pemain negara membolehkan UAE melancarkan beberapa siri serangan ke kawasan penalti skuad negara.

Bermula dari satu hantaran jauh, pertahanan negara gagal mengesan larian Ali Mabkhout yang menyambut hantaran terbabit sebelum dia melambungkan bola melepasi kawalan Farizal pada minit ke-14 untuk gol pertama UAE.

Malaysia tampil lebih baik dalam 10 minit terakhir babak pertama – peluang terbaik yang hadir pada minit ke-42 disia-siakan selepas tandukan Guilherme de Paula ‘melalut’ dan tidak menuju ke arah pintu gol UAE.

Bersambung babak kedua, aksi lebih kemas ditunjukkan skuad negara sebelum kealpaan mereka nyaris dihukum pada minit ke-63 menerusi percubaan Fabio Lima yang berjaya diselamatkan Farizal.

Bagaimanapun, UAE memastikan ‘game over’ buat skuad negara selepas Lima meledak gol kedua pada minit ke-83 sebelum tuan rumah meledak dua lagi gol pada masa tambahan masing-masing menerusi Ali dan Lima.

Sumber : Berita Harian

🏆 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 & PIALA ASIA 2023

UAE 4️⃣ 0️⃣ MALAYSIA
BAHRAIN 8️⃣ 0️⃣ KEMBOJA
THAILAND 2️⃣ 2️⃣ INDONESIA
INDIA 0️⃣ 1️⃣ QATAR
BANGLADESH 1️⃣ 1️⃣ AFGHANISTAN
IRAN 3️⃣ 1️⃣ HONG KONG
NEPAL 2️⃣ 0️⃣ TAIWAN

Kedudukan terkini dalam kumpulan G.

Skuad Harimau Malaya wajib kutip 3 mata pada perlawanan menentang Vietnam dan Thailand selepas ini.

Photo by Vocket FC

VIDEO: Komen Reaksi Tan Cheng Hoe Selepas Perlawanan #AsianQualifiers Menentang UAE

Komen reaksi ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe selepas perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE di Stadium Zabeel, Dubai, malam tadi (Waktu UAE).

Komen Anda?