Skuad Harimau Malaya Siap Sedia Berdepan Vietnam Malam Ini

Skuad Harimau Malaya Siap Sedia Berdepan Vietnam

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe melakukan sesi latihan ringan di hotel penginapan, pagi tadi menjelang aksi ketiga Kumpulan G #AsianQualifiers bertemu Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam ini.

Matchday | Khamis, 10 Oktober 2019

VIETNAM ?? lwn ?? MALAYSIA

Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, 8.00 malam (9.00 malam waktu Malaysia)

* Saksikan siaran langsung di TV2 & Astro Arena 801/802HD

Rekod Pertemuan Malaysia ?? lwn ?? Vietnam ⚽️⚽️

Menjelang aksi ketiga Kumpulan G #AsianQualifiers di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam ini, berikut adalah rekod pertemuan kedua-dua pasukan dan keputusan lima pertemuan terakhir.

Fakta Menarik:

* Malaysia dan Vietnam langsung tidak pernah bertemu dalam sebarang perlawanan Kelayakan Piala Dunia atau Piala Asia sebelum ini.

* Kali terakhir Malaysia berjaya menjaringkan gol di Stadium Nasional My Dinh adalah pada 2014 dan salah seorang penjaringnya, Norshahrul Idlan Talaha masih bersama pasukan kali ini.

Harimau Malaya Boleh!

TIDAK sampai lapan jam sebelum sepak mula aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 antara Harimau Malaya dengan Vietnam di Hanoi yang boleh menentukan peluang anak buah Tan Cheng Hoe sama ada boleh pergi lebih jauh atau sebaliknya.

Malaysia yang berada di tangga ketiga Kumpulan G di belakang Thailand dan UAE mengharapkan keputusan positif pada aksi di Stadium Nasional My Dinh itu.

Namun, Vietnam tetap mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri malam ini selepas seri 0-0 dengan Thailand pada aksi pertama menyaksikan mereka menghuni tangga keempat dengan sekadar satu mata.

Walaupun Vietnam dijangka menampilkan barisan terkuat mereka Cheng Hoe percaya pemainnya mampu menundukkan lawan.

Beliau menilai banyak perubahan positif dalam pasukan negara dan optimis ia menjadi detik terbaik meraih kemenangan di stadium keramat skuad Naga Emas itu.

“Saya sedar kemampuan Vietnam yang sememangnya bukan calang-calang pasukan. Tapi sebagai seorang jurulatih, saya percaya dalam sukan bola sepak, mana-mana pasukan mampu untuk ditundukkan dan kami mahu meraih kemenangan.

“Kami juga melakukan persediaan rapi selain saya juga percaya pasukan negara sudah bertambah baik berbanding ketika pertemuan dalam saingan Piala AFF tahun lalu,” katanya.

Malaysia gagal memenangi Piala AFF selepas tewas 0-1 pada final kedua di Stadium My Dinh. Kedua-dua pasukan seri 2-2 di Bukit Jalil pada aksi pertama.

Sumber : Harian Metro

Facebook Comments