Skuad Harimau Malaya Menjalani Latihan Terakhir Sebelum Berlepas Ke Singapura

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe menjalani latihan terakhir di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, petang tadi sebelum berlepas ke Singapura, esok bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2020.

Arif Aiman, Kalamullah dipanggil perkuat Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Sekalipun tidak disenaraikan sebelum ini kerana enggan memerah keringat secara berlebihan, namun barisan kejurulatihan menekan butang ‘kecemasan’ apabila memanggil bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelaskan pemain berusia 19 tahun itu dipanggil bagi menggantikan seorang lagi pemain, Mohamadou Sumareh yang tidak dapat bersama pasukan susulan masalah kecederaan pangkal paha.

Kehadiran bintang sedang meningkat itu pasti melegakan Cheng Hoe terutamanya selepas skuad ketika ini kian ‘menipis’ susulan kehilangan beberapa tonggak yang turut berdepan masalah kecederaan.

“Kita dapat perkhabaran bahawa Sumareh tidak dapat bersama kita kerana selepas urusan keluarga, dia mengalami kecederaan dan tidak dapat pulih dalam masa singkat.

“Jadi kita memanggil Arif dan kita gembira dia dapat bersama kita dalam skuad kebangsaan. Saya sempat berbual dengannya dan dia memang sudah bersedia untuk bersama kita.

“Apa yang penting adalah kita terus fokus pada perlawanan yang akan kita hadapi di Singapura nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Cheng Hoe turut mendapatkan khidmat penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi bagi menggantikan Azri Ab Ghani yang terpaksa diketepikan juga kerana masalah kecederaan.

“Azri mengalami kesakitan di bahagian bahu selepas kecederaan. Jadi kita mengambil langkah segera dengan memanggil Kalamullah.

“Dia pun sudah bersama kita sejak latihan pusat pada Oktober lalu dan dia adalah pengganti yang baik untuk Azri,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Saksikan Siaran Langsung Bola Sepak AFF Suzuki Cup 2020 bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 kami bawakan di Saluran TV1, Saluran TV Okey, 110 Myfreeview, 146 di Astro dan di Saluran Sukan RTM, 111 Myfreeview. RTM Penyiar Rasmi. #TV1 #TVOkey

Kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2020 | Isnin, 6 Disember 2021

⚽ KEMBOJA 🇰🇭 🆚 🇲🇾 MALAYSIA
🕣 5.30 petang
🏟 Stadium Bishan, Singapura.

Komen Anda?