Skuad Harimau Malaya B-23 Meninjau Keadaan Padang Stadium Thien Truong

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney diberikan peluang untuk meninjau keadaan padang Stadium Thien Truong, Nam Dinh menjelang aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2021 bertemu Thailand B-23 pada Sabtu ini, 7 Mei 2022.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemain muda negara untuk merasai permukaan padang yang menggunakan jenis rumput Bermuda di venue tersebut.

Pasukan kebangsaan B-23 kemudiannya turun menjalani sesi latihan di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province selepas sesi jelajah Stadium Thien Truong selesai pada jam 6.45 petang (7.45 petang waktu Malaysia).

Esok, 6 Mei 2022, Ketua Jurulatih, Maloney yang membawa 24 pemain ke Vietnam, akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain sehari sebelum perlawanan pertama Kumpulan B menentang Thailand B-23.

Maloney sudah ada formula jumpa Thailand

Brad Maloney mendedahkan sudah menemui ‘formula’ terbaik untuk menje­lang pertemuan menentang Thailand dalam aksi pembukaan Sukan SEA Hanoi di Vietnam esok.

Di Petik Dari Laman Web Utusan Malaysia, Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara itu berkata, beliau sudah mengesan beberapa kelemahan ketika aksi persahabatan menentang Timor Leste dan Filipina yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam, minggu lalu.

Menurut jurulatih dari Australia itu, anak-anak buahnya juga telah menunjukkan peningkatan positif dalam aksi ke­dua apabila berjaya menjinakkan Filipina 2-0 walaupun sebelum itu tewas 1-2 di tangan Timor Leste.

“Saya rasa banyak perkara kita boleh belajar terutama aksi pertama kita.

Selamat berjuang malaysia B23 semoga pingat emas untuk negara.

“Ketika itu (aksi pertama dengan Timor Leste) ramai muka baharu dalam pasukan, dan keputusan di atas kertas bukan apa yang kita mahukan.

“Tapi kita boleh belajar dalam aksi pertama itu, manakala dengan Filipina pula perkara positif mula ditunjukkan.

“Pemain mula bangkit dan mendapat minit permainan serta membentuk kombinasi dengan baik,” katanya.

Menurut Maloney, walaupun pemain belum berada di kondisi terbaik dan belum capai tahap yang mahukan tetapi, mereka berada di landasan tepat untuk buat yang terbaik.

Selain Thailand, tiga lagi pasukan iaitu Laos, Singapura dan Kemboja turut melengkapkan saingan Kumpulan B itu, manakala Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste mengisi Kumpulan A.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan secara automatik akan layak ke separuh akhir, dengan pemenang bakal berentap di final untuk penentuan pingat emas iaitu ibu segala pingat bagi temasya dwitahunan itu.

Skuad B-23 negara tiba di Hanoi kelmarin untuk persiapan aksi pertama namun, mereka berdepan sedikit masalah membabitkan bilik penginapan sebelum isu berkenaan dapat diselesaikan. – UTUSAN

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?