Skuad Harimau Malaya B-23 Berlepas Ke Hanoi, Vietnam

Dalam masa kita masih meraikan #Aidilfitri hari ke-3, skuad #HarimauMalaya B-23 telah berlepas ke Vietnam πŸ‡»πŸ‡³ untuk bersaing di #SEAGames2021.

Mereka bakal membuka tirai Sabtu ini πŸ†š Thailand πŸ‡ΉπŸ‡­. #Hanoi2021

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam bagi menghadapi acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA 2021 Vietnam.

Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Dato’ S Sivasundaram dan Exco FAM, Saaran Nadarajah serta kedua-dua Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Sukan SEA 2021, Afrita Ariany Nasril dan Melvin Chia.

Malaysia bakal membuka tirai saingan Kumpulan B menentang Thailand di Stadium Thien Truong pada Sabtu ini, 7 Mei 2022.

Penerbangan diuruskan oleh Malaysia Airlines Rakan Penerbangan Rasmi FAM.

Skuad B-23 mahu memanfaatkan sesi latihan

Menjelang tiga hari sebelum sepak mula aksi pertama berdepan Thailand pada Sabtu ini, skuad bawah 23 (B-23) tahun negara akan memanfaatkan sebaik-baiknya lima ke enam sesi latihan bagi memantapkan pasukan sebaik tiba di Hanoi, Vietnam mulai hari ini.

Skuad negara yang terbang ke Hanoi pagi tadi bagi menyertai Sukan Sea ke-31 di negara itu diletakkan dalam Kumpulan B bersama Thailand, Singapura, Kemboja dan Laos.

Di Petik Dari Laman Harian Metro, Pengendali negara, Brad Maloney berkata, walaupun di atas kertas saingan kumpulan terbabit dilihat sengit, namun beliau percaya anak buahnya mampu memberi tentangan kepada semua pencabar.

Katanya, keyakinan itu berlandaskan kepada kualiti pemain yang di bawa kali ini dianggap cukup berpengalaman dan mampu menggalas tugas di temasya itu nanti.

“Saya rasa kita mempunyai pemain yang mampu mencorakkan permainan seperti Mukhairi Ajmal Mahadi, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Azri Ab Ghani, Ahmad Zikri Mohd Khalili dan Muhammad Azrin Afiq Rusmini. 

“Saya percaya kesemua pemain ini mempunyai kualiti dan pengalaman,” katanya yang berasal dari Australia.

Ujarnya lagi, ditambah kehadiran dua tonggak yang berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin bersama kelab Belgium, KV Kortrijk dan Hadi Fayyadh Abdul Razak dengan kelab Jepun, Azul Claro Numazu, ia akan menambah sengat pasukan negara. 

“Bagi Hadi Fayyadh (Abdul Razak) dan Luqman Hakim pula, saya sangat lega mereka dapat kembali menyertai pasukan. Prestasi mereka pada tahap terbaik walaupun baru tiba dari luar negara,” katanya. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?