Skuad Futsal Negara Tewas 2-6 Kepada Thailand

Permainan juara bertahan Thailand 🇹🇭 lebih baik dan kemas untuk mereka menghukum skuad futsal negara di perlawanan pembukaan acara ini. Futsal dijalankan secara round robin, ada 3 lagi perlawanan untuk Malaysia bangkit menentang Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

SKUAD futsal lelaki negara tewas 2-6 kepada Thailand bagi acara futsal lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2021 di Arena Ha Nam petang Rabu.

Bermula garang sejak awal permainan, Thailand berjaya mendahului skuad negara 5-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Ronnachai Jungwongsuk seawal minit pertama dan minit ke-19, Peerapat Kaewwilai (min-6 dan min-16) dan Muhammad Osamanmusa pada minit ke-8.

Separuh masa kedua menyaksikan skuad negara mula mempamerkan kebangkitan dan menyaksikan Ekmal Shahrin merapatkan jurang menerusi gol pertama pada minit ke-35.

Gol berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat skuad negara dan seminit berselang menyaksikan Khairul Effendy Bahrin menjaringkan gol kedua buat skuad negara.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad futsal negara hanya seketika apabila Kaewwilai menjaringkan gol keenam yang juga merupakan jaringan hatrik daripadanya pada perlawanan berkenaan.

Skuad negara bakal berdepan Vietnam pada 14 Mei, Indonesia (16 Mei) dan menamatkan saingan round-robin bagi acara futsal kali ini dengan berdepan Myanmar pada 20 Mei. Sumber : Sinar Harian

Carta Kedudukan Futsal Lelaki Sukan SEA 2021 Vietnam

Skuad negara bakal berdepan Vietnam pada 14 Mei.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: