Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) memulakan Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Thanh Nien B-19 ke-4 2022 memulakan aksi sulung dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Thailand, sebentar tadi.
Keputusan Masa Penuh
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 5, 2022
International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 | Jumaat, 5 Ogos 2022
MALAYSIA 🇲🇾 0-0 🇹🇭 THAILAND#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/gf2H9nD5uK
Malaysia, Thailand buntu cipta jaringan
Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara berjaya mengikat Thailand dalam aksi pertama Kejohanan Bolasepak Thanh Nien Antarabangsa B-19 di Stadium Binh Duong, Vietnam, hari ini.
Malaysia yang hadir ke pertandingan jemputan itu dengan dibarisi skuad kedua berjaya mengikat Thailand tanpa jaringan, dengan kedua-dua pasukan memungut satu mata.
Skuad negara kendalian Hassan Sazali Waras yang baru menjuarai Kejuaraan AFF B-19 pada bulan lalu tampil dengan muka baharu dengan 80 peratus skuad berbeza daripada sebelum ini.
Walaupun bukan skuad utama, barisan pemain tetap berjaya memberi saingan kepada lawan yang turut menjadikan saingan di Vietnam itu sebagai aksi pemanas badan sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia B-20 bulan depan.
Dalam aksi itu, Thailand lebih banyak menguasai aksi dengan melancarkan serangan demi serangan untuk memburu gol di babak pertama.
Skuad negara juga turut sesekali menyerang namun masalah persefahaman ekoran baru di kumpulkan empat hari lalu sedikit membataskan pergerakan pasukan.
Peluang paling hampir pada babak kedua menerusi percubaan Muhammad Abu Khalil dari luar kotak penalti mudah dihalang penjaga gol lawan.
Begitupun skuad negara harus berterima kasih kepada penjaga gol, Syahmi Adib yang banyak menyelamatkan percubaan penyerang Thailand hingga ke wisel penamat.
Dalam Malaysia dan Thailand, penganjur iaitu Konfederasi Bolasepak Vietnam (VFF) turut menjemput Myanmar dan skuad B-19 tuan rumah.
Dua pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan mara ke final yang dijadual berlangsung Khamis depan. Sumber : Harian Metro
Carta Kedudukan International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022.
Carta Kedudukan International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 5, 2022
* Selepas Hari Perlawanan 1 pada Jumaat, 5 Ogos 2022
MALAYSIA 🇲🇾 0-0 🇹🇭 THAILAND
VIETNAM 🇻🇳 2-0 🇲🇲 MYANMAR
▶️ Malaysia seterusnya akan bertemu Vietnam pada Ahad, 7 Ogos 2022#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Tvxp4d5wIX
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.
- Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman
- Dua Jaringan Terengganu FC Di Separuh Pertama Kekal Sehingga Tamat
- Sarawak United & PJ City Terpaksa Akur Berkongsi Mata
- Satu Lagi Gol Liga Malaysia Dihantar Untuk Cadangan Pencalonan Anugerah Puskas
- Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Final Piala FA 2022