Skuad Bawah 16 (B-16) Terikat 1-1 Dengan Myanmar

Skuad Bawah 16 (B-16) tahun negara gagal meneruskan rentak kemenangan apabila terikat 1-1 dengan Myanmar dalam aksi Kumpulan C Kejuaraan B-16 AFF di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia, sebentar tadi.

Malaysia, Myanmar sama kuat

Impian skuad bawah 16 (B-16) tahun negara meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Kejuaraan B-16 AFF tidak kesampaian apabila terikat 1-1 dengan Myanmar di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia, sebentar tadi.

Pasukan kendalian Osmera Omaro itu hanya memerlukan dua minit untuk berada di depan selepas Dainei Mat Disa meledak gol pembukaan.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadam Kaung Khant Zaw apabila meledak gol penyamaan buat Myanmar pada minit ke-50 dan kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia masih kekal di kedudukan teratas Kumpulan C, berkongsi empat mata bersama Myanmar di tangga kedua.

Anak buah Osmera yang meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Kemboja, Selasa lalu akan melengkapkan aksi Kumpulan C berdepan Australia di Stadium Maguwoharjo, Isnin ini.

Tiga juara kumpulan serta satu pasukan naib juara terbaik akan layak ke separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos ini. Sumber : Berita Harian

Carta Kedudukan Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?