Pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam, malam semalam, skuad Harimau Malaya B-23 berjaya mencatat kemenangan 2-0 menerusi sepakan percuma Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-53 dan tandukan Faiz Amer Runnizar minit ke-65.
Perlawanan Antarabangsa Tier 2 | 1 Mei 2022
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 1, 2022
Keputusan Masa Penuh
MALAYSIA B-23 2-0 FILIPINA B-23
⚽️ Nik Akif Syahiran Nik Mat 53’ Faiz Amer Runnizar 65’#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/Kmc7d74udH
Skuad Maloney ke Hanoi dengan semangat tinggi
Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Brad Maloney menyifatkan kemenangan 2-0 direkodkan skuad kendaliannya pada aksi terakhir perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-2 di Stadium UiTM, Shah Alam menentang Filipina B-23 semalam sebagai perkembangan positif.
Sambil menaruh keyakinan tinggi dengan keupayaan anak buahnya menjelang persiapan ke Sukan SEA di Hanoi, Maloney berkata semua pemain sudah menunjukkan kualiti permainan yang baik.
“Tujuan perlawanan persahabatan ini (diadakan) adalah untuk memastikan semua pemain berada bersama-sama selain (untuk) melihat kombinasi dalam kalangan mereka. Jadi menang atau kalah, perkara tersebut adalah perkara kedua perlu difikirkan.
“Apa yang penting prestasi ditunjukkan pemain dan saya melihat ada penambahbaikan dilakukan. Jadi ia satu petanda baik serta keputusan yang amat menggalakkan,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.
Dalam perlawanan secara tertutup tanpa penonton itu, kawalan permainan skuad negara tampak lebih seimbang dengan kehadiran beberapa pemain termasuk penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Muhammad Azri Ab Ghani.
Skuad negara mencipta jaringan pada babak kedua permainan hasil sepakan percuma Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-53.
Pasukan negara menambah kegembiraan menerusi gol kedua dijaringkan Muhammad Faiz Amer Runnizar pada minit ke-65.
Mengulas lanjut, Maloney berkata kebanyakan pemain daripada senarai 31 orang yang dipanggil melapor diri secara berperingkat selepas selesai komitmen perlawanan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Katanya, sekali gus memberikan keselesaan buatnya dalam merencana strategi sebagai bekalan menghadapi Sukan SEA nanti.
Selepas aksi bertemu Timor-Leste B-23 pada Jumaat lalu, dan diikuti Filipina B-23, skuad muda Harimau Malaya akan terbang ke bumi Vietnam pada Rabu ini bagi menghadapi saingan Sukan SEA. – BERNAMA
Dengarkan komen ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney dan ketua jurulatih Filipina B-23, Norman Fegidero selepas kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan pemanas badan menjelang Sukan SEA 2021 di Vietnam, 6 hingga 22 Mei 2022.
- Sentiasa Melihat Pemain Terbaik Yang ‘Available’
- Matthew Davies Tidak Kekok
- Susulan Kejadian Banjir Kilat, Skuad Kilat MBJB Turun Bantu
- JDT Meraikan Orang Kurang Upaya Di Stadium Sultan Ibrahim
- Sanusi Md Nor Sekali Lagi Mencetuskan Suasana ‘Panas’ Arena Bola Sepak
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.