Skuad B16 Perlukan Kemenangan Berdepan Australia – Osmera Omaro

Perlawanan Seterusnya! Hari Perlawanan 3 β€’ Kejuaraan B-16 AFF 2022

⚽ MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ†š πŸ‡¦πŸ‡Ί AUSTRALIA
πŸ“† Isnin, 8 Ogos 2022
πŸ•“ 4.00 petang (Waktu Malaysia)
🏟️ Stadium Maguwoharjo, Sleman

Wajib menang lawan Australia

Bagi memastikan trofi Kejuaraan AFF Bawah 16 (B-16) tidak terlepas daripada genggaman, skuad Harimau Muda negara tiada pilihan lain selain wajib menundukkan Australia pada aksi terakhir Kumpulan C.

Dipetik dari laman Harian Metro, Perkara itu diakui pengendali skuad B-16 negara, Osmera Omaro yang menyifatkan hanya kemenangan mampu menjamin tempat ke separuh akhir.

“Saya nampak peluang masih cerah (untuk ke separuh akhir) disebabkan perlawanan Myanmar dan Kemboja akan sengit, jadi kita ada kelebihan daripada segi jaringan gol.

“Jadi, kemungkinan besar kita cuma perlu menang (bertemu Australia) dan kita akan layak ke separuh akhir,” katanya.

Untuk format pertandingan kali ini, hanya juara daripada tiga kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati, dengan satu lagi slot diberikan kepada naib juara terbaik.

Selepas mengharungi dua aksi kumpulan, skuad negara melakar satu kemenangan ke atas Kemboja 3-0 dan satu seri ketika bertemu Myanmar 1-1.

Ketika ini, Malaysia masih kekal selaku pendahulu kumpulan untuk mengumpul empat mata bersama Myanmar, namun kelebihan gol berpihak kepada kem negara.

Pada edisi lalu, Malaysia muncul juara selepas menundukkan Thailand di perlawanan akhir dengan 2-1 yang berlangsung di Chonburi, Thailand. Sumber : Harian Metro

Sekitar sesi latihan skuad Harimau Malaya B-16 di Yogyakarta, Indonesia menjelang aksi ketiga Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022 menentang Australia, petang ini.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?