Skuad B16 Negara Berdepan Ujian Awal Menjelang Kejohanan AFF U16

Skuad B16 negara berdepan ujian awal menjelang Kejohanan AFF U16 apabila penolong jurulatih Amirizdwan Taj tidak dapat menyertai penerbangan pasukan ke Yogyakarta hari ini ekoran masalah kesihatan.

Skuad Harimau Malaya B-16 kendalian Osmera Omaro di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia bagi menghadapi Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Yogyakarta dari 31 Julai hingga 12 Ogos 2022.

Penerbangan diuruskan oleh Malaysia Airlines Rakan Penerbangan Rasmi FAM

Skuad Harimau Malaya B-16 ini akan memulakan kempen saingan Kumpulan C bertemu Kemboja pada 2 Ogos, diikuti aksi berikutnya berdepan Myanmar pada 5 Ogos dan aksi terakhir kumpulan menentang Australia pada 8 Ogos 2022. Ketiga-tiga perlawanan di Stadium Maguwoharjo Sleman.

Tiga pasukan juara kumpulan serta satu pasukan terbaik di tempat kedua akan layak ke separuh akhir pada 10 Ogos manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan Final dijadual berlangsung pada 12 Ogos 2022 di Stadium Maguwoharjo Sleman.

Berikut senarai akhir 25 pemain skuad B-16 kebangsaan kendalian Osmera Omaro yang telah terpilih untuk menghadapi saingan Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Yogyakarta, Indonesia bermula 31 Julai hingga 12 Ogos 2022.

Sumber : FAM

Skuad B-16 negara sasar julang Piala AFF

Mentaliti juara menjadi pegangan ketua jurulatih skuad Bawah 16 tahun (B-16) negara, Osmera Omaro yang tanpa ragu mensasarkan untuk menjuarai Piala AFF B-16 di Jogjakarta, Indonesia bermula Ahad ini.

Dipetik dari laman Harian Metro, Jelas Osmera, beliau cukup yakin itu adalah sasaran ‘paling realistik’ mengambil kira prestasi semasa barisan pemainnya yang berada pada tahap terbaik.

“Saya rasa sekiranya kita pergi ke sesuatu kejohanan, pastinya kita akan cuba capai keputusan paling terbaik dan realistik.

“Jadi saya rasa sasaran juara pada edisi kali ini adalah realistik dan boleh dicapai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jakarta, hari ini.

Jika ia benar-benar menjadi kenyataan, bermakna skuad negara akan memenangi kejohanan itu buat kali ketiga selepas pernah meraih kemenangan pada 2013 serta edisi terakhir 2019.

Osmera berkata, pencapaian ‘skuad abang’ iaitu pasukan senior bimbingan Kim Pan-gon mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 serta kejayaan skuad B-19 bimbingan Hassan Sazali Waras memenangi Kejuaraan B-19 AFF 2022, memberi aura cukup positif untuk anak buahnya.

“Semua kejayaan ini memberi inspirasi kepada pasukan saya dan kepada peminat bola sepak bahawa pasukan negara mampu mencapai sesuatu.

“Setakat ini, pasukan berada dalam situasi sangat baik dan keyakinan mereka cukup tinggi untuk menghadapi saingan kali ini,” katanya.

Kejohanan Piala AFF B-16 kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Kemboja, Mnyamar dan Laos.

Pada edisi 2019, Malaysia menjuarai Piala AFF B-16 buat kali kedua selepas menewaskan tuan rumah iaitu Thailand 2-1 pada aksi final di Stadium IPE Chonburi. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: