Skuad B-23 Malaysia Menang 3-1 Dengan Laos

Malaysia mencerahkan peluang untuk melangkah ke separuh akhir Sukan SEA 2021 selepas menumpaskan Laos 3-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, bola sepak lelaki di Stadium Thien Truong, sebentar tadi.

⚽️ Luqman Hakim Shamsudin 36’ 67’ Syahir Bashah 43’

Semangat juang tinggi ditunjukkan pemain bawah 23 (B-23) negara sebaik sahaja wisel permulaan ditiup dengan merencanakan serangan di setiap sudut pertahanan Laos namun gagal untuk memecah kebuntuan gol.

4’ Kita sedang mengatur gerakan dari bawah ketika ini. Dan cuba menyerang dari sebelah kiri.

5′ Quentin berjaya memintas larian pantas dalam kotak yang cuba dibuat Sinnakone!

9′ Sepakan sudut oleh Mukhairi dapat disambut oleh Luqman dengan tandukan yang sedikit tersasar!

13′ Safwan membuat crossing di far post dan Quentin berjaya menerima hantaran tersebut. Cuma bola terkena tangan.

17′ Syahir dijatuhkan berdekatan kawasan gawang Laos. Sepakan percuma untuk Harimau Malaya

19′ Hantaran Mukhairi berjaya dikeluarkan oleh At. Sepakan penjuru untuk kita.

19′ Kali ini Harith pula berjaya menyambut hantaran Mukhairi, tapi tandukannya melambung tinggi.

21′ Quentin cuba masuk ke dalam kotak lawan dan dijatuhkan oleh Phoutthavong. Sepakan percuma untuk kita berdekatan kotak penalti lawan.

23′ Baik lorongan daripada Nik Akif mencari Luqman dalam kotak penalti tapi berjaya dipintas oleh pertahanan lawan!

33′ Tandukan Luqman di far post melambung tinggi. Nampak banyak kali Mukhairi akan membuat hantaran jauh ketika mengambil sepakan sudut.

Usaha anak-anak buah Brad Maloney akhirnya membuahkan hasil menerusi gerakan solo pemain kelab Belgium, KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin yang disudahi dengan rembatan kaki kirinya menerjah jaring untuk gol pertama pasukan negara pada minit ke-36.

35′ GOLLLLLL! Luqman Hakim tenang membuat rembatan menewaskan Keooudone! 1-0! Sujud syukur daripada Luqman Hakim selepas akhirnya menjaringkan gol

Jaringan itu meningkatkan keyakinan skuad muda negara dan hasilkan rembatan menarik pemain tengah negara, Muhamad Syahir Bashah daripada luar kotak penalti, menewaskan penjaga gol Laos, Keo Oudone buat kali kedua pada akhir babak pertama.

42′ GOLLLLLL!!!! Rembatan luar kotak oleh Syahir Bashah!!! 2-0!

Bersambung babak kedua, skuad negara terus meningkatkan tempo permainan dan memberi tekanan berterusan kepada pertahanan Laos menerusi serangan bertali arus ke kubu lawan.

50′ Satu lencongan dari jarak jauh oleh Mukhairi sedikit tersasar. Good effort!

54′ Tenang Harith yang menghalang & memintas larian ke dalam kotak penalti yang dibuat oleh penyerang lawan, Ekkamai.

60′ Sepakan yang agak perlahan oleh Nik Akif dalam kotak penalti. Kalau rembatan tadi kuat sedikit atau buat placing, mungkin boleh mendapatkan gol ketiga.

67′ Hadi Fayyadh tidak dapat menanduk hantaran lambung Azfar, Luqman tenang menyambut bola yang jatuh dengan satu rembatan.

Luqman Hakim sekali lagi berjaya menemui sentuhan penyudah pada minit ke-68, sekali gus mematikan semangat skuad kendalian Michael Weiss dan akur dengan kekuatan Harimau Muda negara.

76′ Pertahanan #HarimauMalaya, Faiz Amer dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dan digantikan dengan Ubaidullah Shamsul.

77′ Satu tackle yang cukup baik daripada Ubaidullah dalam kotak penalti untuk menghalang Damoth! Sepakan sudut untuk Laos.

79′ Crossing yang terlalu lencong daripada Azfar mencari Hadi yang berada dalam kotak penalti.

81′ Good save! Azri menepis keluar bola tandukan penyerang lawan, Phoutthasay!

83′ Cantik gerakan satu dua Mukhairi bersama Syafik, untuk Mukhairi membuat lencongan luar kotak namun hanya sedikit tersasar!

85′ Gol untuk Laos. Visith membuat turning dan melepaskan satu rembatan cantik untuk menewaskan Azri. 3-1.

90′ Tambahan masa 5 minit diberikan. Kedudukan masih 3-1.

91′ Baik gerakan daripada Nik Akif untuk melepaskan satu rembatan deras tapi ditepis oleh penjaga gol lawan!

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kembali menerajui kedudukan teratas Kumpulan B dengan mengumpul enam mata menerusi dua kemenangan dan akan berdepan Singapura, Sabtu ini serta menutup kempen peringkat kumpulan berdepan Kemboja, Isnin depan.

Pada edisi 2019 di Manila, barisan pemain negara pulang awal apabila terkandas di peringkat kumpulan.

Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki adalah pada 2011 di Jakarta apabila mereka menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penentuan penalti.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Singapura menang tipis 1-0 ke atas Kemboja di venue yang sama.

Carta Kedudukan Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 Vietnam

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?